Friday, January 19, 2018

Bagaimana Menjaga Anak Kucing Yang Baru Lahir (How To Care Newborn Kitten)



Bismillahirahmannirrahim
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalammualaikum & salam sejahtera.

Korang pernah menghadapi moment kucing kesayangan korang melahirkan anak-anak kucing tak? Saya percaya ada di kalangan korang yang ada kucing pernah ada pengalaman menjadi bidan kucing. Pada pendapat saya, ibu kucing berekor panjang adalah ibu kucing yang paling caring dan loving kepada anak-anaknya. Ibu kucing feral lebih protective. Walaubagaimanapun disturbing environment seperti kehadiran kucing jantan atau keadaan dimana berpisah dengan anak-anaknya boleh menyebabkan ibu kucing hilang sense dan mengabaikan kittens

Bagi anak-anak kucing baru lahir yang masih ada ibu kucing menyusukan mereka, kita tak risau sangat sebab ibu haiwan biasanya sangat berdedikasi ketika menjaga anak-anak mereka. Minggu pertama kelahiran amat penting menjaga emosi ibu kucing supaya tidak mengalami depression. Kemurungan boleh menyebabkan stress dan meroyan. Samada dia memang tak suka manusia mengendalikan atau dia menghidu sense yang berbeza pada anak-anaknya, ibu kucing yang mengalami depression boleh membahayakan anak-anaknya sendiri.

Ada juga kes, anak-anak kucing abandoned atau dipisahkan dari ibunya. Perbuatan tak berperikemanusia pencinta kucing abadi ni boleh menyebabkan anak-anak kucing mati kelaparan kerana tidak menyusu. Kalau ada ibu kucing macam Koko (kucing stray yang pernah saya beri makan), yang suka adopt anak-anak kucing lain, (boleh pulak curik dari ibu kucing lain, siap bergaduh dan menang plak tu) boleh la dia suka hati dan rela jadi surrogate mother. Biasanya surrogate mother ni, ibu kucing yang juga sedang menyusukan anaknya atau ibu kucing yang baru saja kehilangan dan kematian anak. Kalau tiada? Apa yang harus kita lakukan jika terjumpa tiny litle furball yang baru lahir? Hidup, bernafas, mengiau minta susu dan matanya pun belum buka lagi.

Jadi, post kali ni saya nak berkongsi tips menjaga anak kucing yang baru lahir, semoga dapat membantu kita sentiasa bersedia menghadapi situasi begini. Tips ni saya ambil dari WikiHow - How to Care Newborn Kittens.

MyGooglePhotos arkib - May's 1st kittens - Snap menggunakan smartphone HTC 310 Desire



PART 1 -Beri Makan (Feeding)
  • Apa yang penting sekali apabila korang terjumpa newborn kitten, observed dari jauh lebih kurang 35 kaki dari kawasan newborn kittens untuk pastikan samada ibu kucing kembali atau tidak. Ada ibu kucing lebih garang dan very protective. Jadi korang hati-hati la ye. Namun dalam situasi tertentu korang boleh ambil tindakan terus tanpa menunggu ibu kucing kembali. Contohnya, korang nampak kucing jantan atau anjing liar atau ada budak-budak sedang bermain yang mampu mendatangkan bahaya kepada si kecil tu. 
MyGooglePhotos arkib - Kittens baru lahir dalam minggu pertama -Snap menggunakan smartphone HTC 310 Desire

Kat Malaysia ni, saya masih lagi study bagaimana orang kita menghadapi situasi begini tapi saya nasihatkan korang, kalau sukar dapatkan advise dari veterinar dan boleh juga rujuk dengan NGO kucing jalanan sekiranya korang mengalami kesukaran nak menjaga newborn kitten berseorangan. Apa-apa guideline yang perlu dilakukan, pihak NGO ni boleh ajarkan dan mereka boleh bantu korang dapatkan surrogate mother (ibu tumpang) untuk susukan newborn kittens korang tu. Keutamaan adalah kittens tersebut. Saya menggalakkan korang buat begini jika korang benar-benar pencinta kucing abadi. Yang saya perhatikan, orang snap gambar bagitau kat FB ada kucing cedera parah atau anak kucing terbuang mintak tolong adopt dan datang amik, kesian sangat... yang snap gambar tu tak dapat ambil disebabkan faktor-faktor tertentu yang menghalang. At least dia ada effort

  • Sekiranya korang dapati masih ada ibu kucing, sebaiknya korang biarkan dulu newborn kitten bersama ibu mereka. Sediakan makanan untuk ibu kucing di tempat berasingan dari kawasan dia berlindung. Kalau ibu kucing jinak dan senang didekati, korang tiada masalah nak bagi makan kat tempat yang sama. Saya baca blog luar negara, omputih akan ambil kittens bersama ibunya sekali. 


MyGooglePhotos arkib- Mak kucing dan anaknya. Terkini, Mak Kucing keseorangan, barangkali anak dia orang dah adopt. Asal yang saya berkenan nak ambil tu orang lain booked dulu - Snap menggunakan smartphone Redmi Note 3



  • Kalaulah situasi ibu kucing tak kembali atau tak dapat nak menyusukan anak. Korang lah yang terpaksa ambil alih menjaga anak kucing dan menyusukannya. Jenis makanan yang perlu korang sediakan bergantung pada usia si kecil tu. Ada baiknya korang rujuk dengan veterinar mengenai apa-apa yang special yang boleh diberikan kat kittens.
      • Menurut WikiHow kalau kitten baru sangat 1-2 minggu korang kena susukan dia dengan commercial milk replacer formula. Kena beli dari klinik atau petshops kot. Jangan bagi susu lembu plak. Kecik nonet lagi tu susah dia nak hadam; Jangan lupa sendawakan dia macam kita lakukan pada bayi. Baby la katakan...






      • Ikut masa makan si kecil nonet ni. Dalam 2 minggu pertama kehidupan, dia akan menyusu setiap 2 atau 3 jam berterusan. Kitten ni akan beritahu korang bila lapar dengan cara meneriak (menangis) dan tercari-cari puting. Bila dia kenyang, dia akan tertidur semasa menyusu, perut dia akan kelihatan bulat
      • Selepas 2 minggu, korang boleh jarakkan jadual menyusu kitten selang 3 atau 4 jam sekali
      • Jangan berikan kitten makan jika badannya sejuk. Sekiranya korang dapati badan anak kucing sejuk. Cuba hangatkan badannya secara beransur-ansur. Korang boleh check kat bahagian telinga dan tapak kaki mereka sejuk atau tidak. Letak jari korang dalam mulutnya, jika terasa sejuk bermakna suhu badannya menurun. Ini mendatangkan bahaya. Hangatkan kitten, gosok dengan tangan korang perlahan-lahan dengan tangan anda selama 1 hingga 2 jam. Selepas kitten berasa hangat, korang boleh cuba berikan susu kepadanya
      • Apabila kittens tu berumur 3-4 minggu, sediakan susu formula dan piring yang kecil serta beberara makanan anak kucing yang telah dilembutkan dengan air.  Mereka akan belajar minum susu dalam bekas. Korang boleh sediakan juga makan kucing yang dilembutkan dengan air untuk kittens makan; Boleh juga guna sudu dengan berhati-hati dekatkan pada mulut kitten supaya dia belajar menjilat
    Incase of emergency, korang mungkin tak ada masa nak ke kedai pet atau klinik vet, korang boleh cuba resepi yang saya dapat dari website kittencare.com :-

    Bahan-bahan harus sebati untuk di simpan dalam bekas/jar kedap udara


    Simpan bekas ke-empat- empat formula ni dalam peti sejuk 
    Pastikan kesemua 4 formula dicampur dengan baik dan disimpan dalam balang tertutup rapat (kedap udara) di dalam peti sejuk. Campurkan 1/2 daripada jumlah makanan yang dianggarkan dengan satu bahagian air mendidih. Korang masukkan 1 drop cecair vitamin bayi manusia dalam formula. Kalau ramai kitten, 1 drop setiap seekor. Kalau didapati kitten mengalami sembelit, tambah dengan 1 titis minyak sayur setiap formula anak kucing sekali sehari. Pastikan makanan dalam suhu bilik atau suam sikit semasa nak beri kepada si gebus.

    Korang boleh rujuk table ni, portion makanan anak kucing mengikut usia 1 hingga 5 minggu. 
    Korang boleh rujuk lebih lanjut kat website kittencare.com. Jika ada kemusykilan korang boleh ajukan soalan terus kat situ kerana mereka ada chat box.

    Imej dari Google image search
    Mengingatkan saya, masa anak-anak May start nak makan. Saya bagi kat mak-mak kucing makan, dia pun sibuk nak makan juga. Speechless kejap bila tengok dia berusaha nak makan, kesian bila tengok dia tersedak.  Saya belum beri dia cuba makanan kucing lagi masa tu, tetapi seperti yang saya harap. Secara natural belajar makan melalui observation kitten sendiri, melihat kucing-kucing dewasa makan dan minum. Apabila dia dah pandai, dia makan serdak kibbles mak-mak kucing yang tinggal dalam bekas makanan. 
      • Bila usia 6-12 minggu, dah boleh kot kurangkan susu formula (putus susu) dan ajar dia makan makanan anak kucing 4 kali sehari. 
    • Korang kena periksa berat kitten ni, ada perkembangan ke tak. Anggaplah macam baby fur korang sendiri, pastikan cukup makan dan nutrisi. Kalau boleh rekod berat dia setiap hari. 

    PART 2 - Mengendali Dan Melindungi 

    Part ni, saya rasa korang perlu ambil peduli. Terutama sekali kepada korang yang tak tahan dengan kecomelan anak-anak kucing yang baru lahir. Sesetengah ibu kucing akan mengalami drepression apabila manusia berterusan mengganggunya pada minggu pertama selepas melahirkan anak. Ibu kucing yang memang dalam jagaan kita mungkin tiada isu sangat, dia dah biasa dan barangkali dia mahukan perhatian manusianya. (May adakala memanggil saya tanpa sebab, seperti mahu saya tengok dia dan anak-anak dalam kotak) Tetapi kepada manusia asing bagi ibu kucing boleh mendatangkan isu. 

    • Korang dinasihatkan untuk tidak menganggu anak kucing pada minggu pertama dia dilahirkan. Biarkan saja dengan ibu kucing. Ibu kucing mungkin akan menolak anaknya atau menjadi marah jika kerap dipegang. Minggu pertama sangat penting untuk kita biarkan ibu kucing bersama anak-anak yang baru dilahirkannya. Walaubagaimanapun, pada minggu ke 2 - 7 minggu pula penting untuk anak-anak kucing ini membiasakan diri dipegang oleh manusianya
    Dalam saya menghadapi 2 situasi ibu kucing beranak dalam 1 masa. Koko dan juga May. Saya cuba tidak ganggu mereka pada minggu pertama. Saya sediakan setiap sekor kotak. Koko delivered the babies first, beza dalam 3 hari. Walaubagaimanapun, selepas May beranak, Koko pindahkan anak-anaknya dalam kotak May. Dan duduk bersama. Padahal kotak May lebih kecil dari kotak Koko. Saya tiada pilihan melainkan terpaksa mengalih mereka semua pada minggu pertama tu ke kotak yang lebih besar kerana bimbang Koko akan menindih dan melemaskan anak-anak kucing (Koko ada rekod begitu). 

    • Berhati-hati ketika mengendalikan anak kucing ya. Mesti dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Kalau korang ada anak korang yang nak pegang anak kucing, latih anak korang lihat bagaimana korang memegang dengan perlahan dan cermat. Jangan berikan mereka pegang sendiri tanpa sebarang pengawasan. Ingat! sama seperti bayi yang baru lahir, newborn kitten juga fragile (rapuh). Malah kanak-kanak mampu memyebabkan kecederaan yang serius padanya.
    • Sediakanlah tempat anak kucing yang selesa, kering, bersih dan selamat. Korang boleh gunakan kotak kosong, lapikkan dengan tuala atau selimut yang bersih. Sekurang-kurangnya tuala atau selimut dapat memanaskan kittens
    • Untuk kittens yang tanpa ibu, korang boleh menggunakan tuala untuk pastikan mereka dapat memanaskan diri. Pastikan anak-anak kucing boleh beralih jika mereka berasa terlalu panas. Monitor mereka dari masa ke semasa. Korang boleh juga cuddle dengan tapak tangan dan tubuh korang. 


      cats.lovetoknow.com
      imej kiten dari Google Image Search - cats.lovetoknow.com


      PART 3 - Penghadasan


      Biasanya ibu kucing akan membersihkan anak-anaknya. Koko dan May sangat rajin membersihkan anak-anak mereka. Since Koko agak meroyan skit, saya perhatikan dia lebih beria-ria menjaga kittens walaupun kurang susukan anak-anak. Kesian Koko tapi lagi kesian kat May, sebab menyusu. Korang boleh follow tips kat sini bagaimana nak jaga penghadasan kitten:-

      • Jika ada ibu kucing, biarkan ibu kucing membersihkan anak-anaknya. Untuk beberapa minggu pertama, ibu kucing akan menjilat kawasan genital (alat kelamin) anaknya untuk meransang anak kucing kencing dan berak (pakai bahasa kasar la ye, senang faham). Jika tak buat, anak kucing takan melakukannya. Keadaan ini sehingga kittens dah mula pandai makan, ibu kucing berhenti jilat genital kittens. 
      • Bagi kittens yang tiada ibu, koranglah yang harus membantu anak-anak kucing ni merangsang genital untuk kencing dan berak sehingga mereka pandai melakukannya sendiri. Tak la sampai korang yang kena jilat genital kittens tu, haish! Gunakan kain lap basah atau sekeping kain kasa yang dilembabkan atau wet tissue, rub atau gosok dengan perlahan-lahan kat bahagian alat kelamin dan dubur kittens selepas setiap hidangan. Lakukan sehingga air kencing dan poop selesai. Korang perlu gosok perlahan pada satu arah. Jangan guna kapas atau pad kerana ia menumpah bila menyerap air berlebihan. 
        • Urin anak kucing harus warna kuning pucat dan tidak berbau, manakala najis pula harus berwarna coklat kekuningan dan berbentuk macam batang mancis. Kalau korang dapati air kencing dia gelap, itu menandakan dehidrasi. Najis hijau pula menunjukkan terlalu banyak makan. Jika najis putih, menunjukkan anak kucing mengalami malabsorption, ini masalah serius yang melibatkan fungsi usus kitten. Bawa dan rujuk ke vet dengan segera
          • Jika anak kucing tak kencing dalam masa 12 jam, perlu segera bawa ke vet
          • Kebanyakan kitten akan berak sekali sehari. Namun jadual berak setiap seekor berbeza-beza. Segera bawa kitten ke vet jika tak berak lebih dari 2 hari
      Teringat saya masa saya bawa balik white kitten untuk kawan saya pelihara. Semasa dalam jagaan saya, memang saya risau sangat dia belum berak. Tapi masa tu saya memang tahu apa-apa sangat. Nasib baik dalam 2 hari dengan saya dia akhirnya berak juga. Saya bawa dia tidur dengan saya walaupun dia masih liar dan takut dengan manusia. Saya serahkan anak kucing tu kepada kawan saya dalam keadaan sihat. Berlaku belas tahun lepas tak silap saya...
      • Apabila kittens dah berusia 4 minggu, mereka dah bersedia untuk guna litter box. Untuk latih dan galakkan kitten mengguna litter box, letak kitten dalam litter box selepas dia habis makan. Dia dah selesai buat business, WikiHow bagitau letakkan kitten semula bersama dengan adik-beradiknya. Masukkan sekor lagi dan seterusnya. Biarkan setiap ekor beberapa minit untuk menggunakan litter box setiap kali selepas makan. Kalau sekor senang, berekor-ekor korang perlu lakukan dengan kesabaran
      • Pemerhatian dari masa ke semasa perlu dilakukan. Sekiranya korang dapati kittens ada problem nak kencing atau berak, rujuk dengan veterinar bertauliah. Korang boleh juga ajukan pertanyaan FB group kucing korang tetapi jangan ambil bulat-bulat tips diberi, perlu juga advise doktor vet. Lain orang, lain kucing, lain kitten maka... lain situasi dan caranya
      PART 4 - Social

      Bila kittens dah celik, dah mula merangkak. Biarkan dia explore sedikit demi sedikit ruang. Ajar dia explore ruang rumah korang secara berperingkat sebolehnya. Expose kittens dengan apa-apa yang korang rasa patut dia kenal. Macam mana korang lakukan pada baby manusia macam tu juga pada kittens ni. Dorang baby jugak. Jauhkan mereka dari objek-objek merbahaya.  

      Luangkan masa dengan kittens sebanyak mana yang korang boleh. Bermain dengan mereka. Waktu ini mereka aktif meneroka dengan sifat ingin tahu. Memandangkan tiada ibu kucing nak training mereka dengan skills defense, protection dan hunting, jadi terpulang pada korang macam mana nak latih dan didik kittens ni. Sifat semula jadi ciri-ciri kucing diwarisi dari gen ibu dan bapa mereka, korang perlu 'polish' skill mereka.

      Dedahkan juga mereka dengan dunia kat luar walaupun mungkin korang nak jadikan mereka indoor cat. Indoor cat ni kesian kalau dia terlepas keluar, dia akan jadi jakun dan berkemungkinan akan sesat bila pertama kali dia keluar sebab dunia dia sebelum ni terhad. Dan jika mereka meneroka lebih jauh, mereka tak tahu macam mana nak balik semula ke rumah. Bawa mereka keluar berjalan-jalan di kawasan kejiranan dengan monitor rapat ketika mereka melakukan penerokaan. Avoid dari bertembungan dengan kucing liar lain yang mungkin akan menyerang dan mencederakan si kecil. Monitor anak kucing bila dia berada luar atau di laman. Tips, lakukan ketika kitten belum makan, jadi senang nak panggil balik makan. 

      Kalau korang bercadang nak berikan kittens kepada orang, korang boleh open for adoption pada umur kitten menjangkau 8 minggu ke atas. Follow up dengan owner baru dan check samada mereka dah ada rancangan untuk spayed dan neutered kitten. Ini adalah langkah terbaik untuk mengawal populasi kucing di jalanan. 


      PART 5 - Kesihatan

      Korang boleh rujuk kat WikiHow - 4 Ways To Take Care Kitten sebagai guideline korang bagaimana nak menjaga newborn kitten. Rajin membaca artikel mengenainya dan dapatkan maklumat dan panduan dari veterinarian. Korang boleh la jugak nak tanya kat rakan-rakan kucing FB korang tapi seeloknya korang banyakkan baca artikel dan rujuk dengan doktor vet. Jangan risau doktor kucing kebanyakan semua baik hati... kan...kan...kan? 

      • Anak kucing yatim piatu dah boleh diberi ubat cacing bila dah berusia 2 minggu - 8 minggu. Mereka mungkin ada antibodi tetapi lemah berbanding dengan anak-anak kucing yang beribu. Ini kerana tidak antibodi yang sepatutnya dari susu ibu mereka. 
      • Bila dah masuk umur 9 minggu korang boleh bawa ke klinik vet untuk vaksin anak kucing. Waktu yang ideal untuk buat pemeriksaan cacing dan berikan vaksin. Asas vaksin untuk melindungi kitten dari jangkitan selsema dan penyakit berjangkit
      Saya selalu bersihkan mata anak-anak kucing. Tengok sekor ni. Comel haaaa...
      Sepanjang saya memberi makan kepada 3 ekor kucing betina yang datang ke rumah, dapatlah saya mempunyai kittens seketika. Apa-apa saya biarkan berlaku secara natural. Keputusan ditangan ibu kucing. Ahaaa... gitu gayanya. Apa yang boleh saya bantu, beri ibu-ibu kucing ni makan yang cukup  dan bekalan air bersih untuk mereka supaya ada tenaga untuk susukan anak-anak. Saya akan bersihkan dan tukar lapik dalam kotak dari masa ke semasa. Cubaan membawa anak-anak kucing masuk dalam rumah tu tak payah ceritalah, banyak kali juga la mak-mak kucing ni buat kerja. Kita faham ibu kucing ni akan mencari tempat yang selamat untuk sembunyikan anak-anak mereka. Paling lucu sekali, bila saya ternampak May cuba nak bawa masuk anaknya ke dalam rumah dan saya berjaya buat sekatan. Tapi sebelum tu, May dah berjaya bawa masuk 2 ekor anaknya letak atas katil bersebelahan dengan suami yang tengah tidur. Suami saya pun boleh tak sedar ada anak-anak kucing atas katil. Dah besar skit, dah pakat celik semua, saya kerap bersihkan mata mereka, selalu anak kucing ni mudah kena jangkitan mata.

      Duk kat sudut. Merajuk terus lepas kena cuci mata

      Peluang anak-anak kucing jalanan untuk meneruskan hidup bergantung pada persekitaran. Jika kawasan selamat untuk ibu dan anak-anaknya yang baru lahir. Korang boleh saja monitor kehidupan mereka dan dalam masa yang sama berikan mereka makan dan minum air yang bersih. Kita memang tak dapat berbuat apa-apa terhadap jiran kita yang tak suka haiwan. Kita kena juga faham dan terima pendirian orang lain sebelum buat kesimpulan negatif. Namun, jika kucing jalanan kawasan kediaman korang berada dalam keadaan terancam dan perlu diselamatkan, atas budibicara korang, lakukan sesuatu untuk menyelamatkan mereka. Sekiranya korang mahu menyelamatkan kucing dewasa atau kittens tetapi tidak boleh menjaga atau memelihara korang boleh lakukan seperti berikut:-


      • Sebaiknya sementara waktu korang cuba berikan perlindungan dengan beri makan dan minuman air bersih. Pastikan lokasi kucing tidak terdedah dengan bahaya. Monitor aktiviti kehidupan kucing sementara mendapatkan bantuan shelter kucing jalanan;
      • Survey shelter kucing jalanan melalui klinik vet dan secara online; (shelter kucing yang aktif biasanya mendapat rujukan dari klinik veterinar, mempunyai website dan facebook);
      • Rujuk NGO kucing jalanan (Sabahat Kucing Jalanan) untuk mendapatkan lokasi shelter terdekat dengan kawasan anda bagi memudahkan urusan pengambilan dan penyerahan kucing-kucing jalanan yang perlu diselamatkan;
      • Hubungi aktivitis kucing jalanan yang shelter mereka masih mengambil kucing; (Korang perlu rujuk dengan NGO kucing jalanan untuk pastikan shelter yang korang nak serahkan kucing adalah no-kill shelter kerana sesetengah shelter haiwan akan mematikan haiwan yang tidak diambil dalam jangka masa tertentu terutama sekali Majlis Perbandaran. Elakkan hantar ke shelter sebegini) tak adil buat kucing jalanan
      • Kepada korang yang bermurah hati, donate makanan kucing kepada shelter yang mengambil kucing yang korang laporkan tu. Mungkin tak banyak tetapi sumbangan ehsan korang dapat membantu meringan kos penjagaan kucing-kucing di shelter tersebut. 

      Jangan pula bila dah tahu habis korang viral kat facebook sesukati korang dan angkut semua kucing jalanan hantar kat sana pulak. Saya sebolehnya nak rahsiakan dari pengetahuan orang terutama sekali penternak kucing - nanti kita bicara mengenai isu berat ini dalam post akan datang.

      credit to -
      WikiHow
      Youtuber Wayne Driggers
      kittencare.com
      Sabahat Kucing Jalanan


      Friday, January 5, 2018

      NGO Pertubuhan Sahabat Kucing Jalanan Selangor


      Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hi korang! Post kali ini saya tak sembang pasal kucing. Tapi masih juga berkaitan dengan perihal kucing. Untuk pengetahuan korang, saya dah jadi geng SKJ -Sahabat Kucing Jalanan. SKJ ni adalah pertubuhan NGO tempatan yang berfungsi untuk menyelamatkan kucing liar dan juga kucing terbuang di jalanan. Kerja-kerja amal kumpulan ini juga pernah disiarkan dalam suratkhabar Kosmo! cetakan 22 Disember 2017. Jika korang terlepas membacanya di Kosmo! korang boleh baca online newspaper kat sini Selamatkan Kucing Jalanan Sakit dan Teraniaya. Saya semak pergerakan mereka juga mendapat liputan dari beberapa media tempatan seperti astroawani, themalaymailonline, mynewshub dan sebagainya. 

      Logo SKJ - Imej dari FB SKJ online
      Saya nak kongsikan sedikit info berkenaan pertubuhan NGO ni untuk baca korang terutama sekali pencinta kucing dan sering memberi kucing jalanan tempat teduhan dan makanan.

      Pertubuhan NGO Sahabat Kucing Jalanan telah beroperasi sejak tahun 2015 lagi, diasaskan oleh sis Marzita Mohamad merangkap Setiausaha SKJ. Badan NGO ni dipengerusikan oleh brader Mohd. Rosli Ariffin atau lebih senang dikenali dengan nama Jebat. Brader merupakan pengusaha servis dan spa kenderaan ni banyak melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarelawan sejak 2004 lagi. Sis Marzita Mohamad pula seorang penjawat awam yang perihatin dengan kucing-kucing jalanan. Berdasarkan artikel dari surat khabar Kosmo! Ini memang impian dia yang menjadi nyata, menubuhkan Pertubuhan Sahabat Kucing Jalanan.


      Pengerusi SKJ - Brader Mohd. Rosli Ariffin a.k.a Jebat-imej dari FB group SKJ. Glamer kot brader ni, dalam carian imej google kalau taip Sahabat Kucing Jalanan, muka dia keluar dulu. 

      Tujuan utama badan NGO ini ditubuhkan adalah mahu menyelamatkan sebanyak mungkin kucing-kucing di jalanan yang terbiar. Menggalakkan program TNR (Trapped, Neuter and Release) bagi mengawal populasi, penyakit berjangkit kucing dan kematian. Bagi kucing-kucing yang telah diselamatkan, dirawat (yang cedera dan ada penyakit), divaksin dan dikasikan/dimandulkan, kucing-kucing ini ditempatkan dipusat perlindungan kucing yang diuruskan oleh team SKJ sementara mencarikan mereka furrever home

      Sepanjang pemerhatian saya sebelum mendaftar menjadi ahli SKJ. Team SKJ aktif memberi bantuan kepada shelter perlindungan kucing dan membuat pemantauan untuk memastikan kucing-kucing yang diselamatkan terjaga, selesa dan cukup bekalan makanan. Bantuan kepada mereka yang memerlukan dana untuk perubatan dan makanan kucing sentiasa diusahakan seboleh yang mungkin. Team SKJ turut terlibat dalam misi bencana alam banjir, mereka telah 'turun padang' ke kawasan yang terlibat dengan banjir besar untuk membantu aktivitis-aktivitis tempatan menyelamatkan haiwan yang terperangkap ketika banjir dan menyalurkan bantuan makanan untuk kucing-kucing di sana. SKJ bukan saja memberi bantuan khas untuk kucing-kucing sahaja, malah turut menyelamatkan anjing-anjing terbiar dan sakit. 

      Team SKJ juga mempunyai Rumah Pertubuhan Sabahat Kucing Jalanan yang telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia pada 9 Mei 2017. Rumah ini menempatkan maksimum 500 ekor kucing dalam satu-satu masa (lokasi dirahsiakan bimbang nanti jadi port orang nak buang kucing oleh 'penternak' kucing). Team SKJ menfokuskan kucing yang sakit dan cedera, teraniaya, kucing bunting, kucing tua dan anak-anak kucing yang kehilangan ibu. Mereka juga mengada program free adoption untuk kucing-kucing yang diselamatkan untuk orang ramai yang ingin mendapatkan kucing peliharaan sendiri yang telah vaccinated dan neutered. Semuanya korang boleh ikuti dalam FB group SKJ - Sahabat Kucing Jalanan

      Rumah Pertubuhan Sahabat Kucing Jalanan - imej dari FB SKJ online. Lokasi dirahsiakan

      Kenapa saya berdaftar untuk menjadi ahli badan NGO ni? Sejak ada May, Amboi dan Koko dalam hidup saya. Saya dah mula ambil peduli tentang kucing jalanan. If you just love breed cat because they so adorable you are not cat lover to me, sorry to say ya. Saya pun tak boleh nak ngaku saya pencinta kucing sebab tak semua kucing saya suka. Tetapi saya suka kucing, dan saya lebih suka dengan kucing Malaysia. So, saya suka la tengok straycat yang selalu seorang brader ni share kat fb dia, brader Hashman Don rocker a.k.a Siak Masjid di UEP Subang Jaya. Brader ni asalnya saya jadi friend dia sebab masuk group nostalgia era rock 80an - 90an. Brader ni selalu update status menjaga kucing dan anak-anak kucing di Masjidnya. Tetiba-tiba satu hari saya nampak dia share dari group SKJ. Saya syak dia akhirnya dah buat fb group kucing. Saya pun sesenyap joined. Tapi kantoi juga dengan dia. Heheheee

      Gambar brader Hashman Don saya cilok dari FB beliau. Jangan marah aaa... Dedikasi dia pada anak-anak kucing. Rocker dalam hati ada taman bak kata orang

      Rupa-rupanya group ni adalah badan NGO kucing jalanan tempatan. Dah lama kot mencari NGO tempatan yang menjalankan kerja sukarela untuk selamatkan kucing-kucing jalanan di Malaysia. Sebab saya hanya ikut beberapa NGO luar negara sebab tak tahu ada NGO kucing tempatan. Untuk tempatan Saya hanya follow 1 aktivitis iaitu Sollu Shelter - DTjr. Saya nak tengok juga macam mana group ni beroperasi. Tak mau la macam satu group dulu (bukan group kucing) yang pernah saya joined, malas nak cakap la. Kobar-kobar time PRU je kot. Lagi satu saya tak nak joined kelab kucing baka ke group jual beli kucing ke. Saya asyik dapat invitation group kucing baka je. Kucing saya biasa je, domestic short hair feline. Saya tak ada attention nak beli kucing baka comel/unik kot mana sekalipun. Kucing domestik kan ada. kucing baka pun ada yang ended up kat jalanan dah banyak. Saya boleh dapat free je kat mana-mana free adoption program betul tak? Ah, korang takan faham pendirian saya terhadap spesis keluarga kucing ni.

      Dengan adanya rumah pertubuhan, ada program bersama doktor veterinar, ada program free adoption, aktiviti amal dan mendapat liputan beberapa media. Lagipun, brader Hashman Don juga salah seorang admin dan team SKJ. Ok... badan NGO ni memang serius dan buat kerja. Saya bincang dengan suami saya, harap dia izinkan saya daftar keahlian, siap add dia dalam group untuk pemerhatian dia. Alhamdulillah dia berikan izin, dapatlah saya daftar jadi ahli SKJ. Hip hip horay!

      Kat sini saya nak promosi juga kepada para pencinta kucing, SKJ mengalu-ngalu sebarang bentuk bantuan dan sumbangan untuk kebajikan kucing-kucing jalanan. Korang boleh mendaftar sebagai ahli pertubuhan NGO ini, yuran keahlian RM1 sebulan bersamaan dengan RM12 setahun. Dalam group tersebut ada 27,448 yang joined namun setakat ini cuma tak sampai 200 orang mendaftar sebagai ahli NGO ni. Tak sampai RM200 untuk 1 bulan kutipan keahlian bagi menampung kos-kos perbelanjaan kucing-kucing yang diselamatkan dan juga bantuan untuk disalurkan kepada shelter kucing yang memerlukan. 

      Untuk menjadi ahli sangat mudah, bayaran minima RM10 (RM1/sebulan untuk 10bulan) ke akaun CIMB Pertubuhan Sahabat Kucing Jalanan Selangor -8602398474. Isi borang keahlian secara atas talian (online) -Borang Rakan SKJ.

      Borang Rakan SKJ

      Setiap bulan sis Marzita Mohamad merangkap Setiausaha Pertubuhan Sahabat Kucing Jalanan akan kemaskini aktiviti bulanan SKJ di FB group SKJ. Korang boleh ikuti dalam group tersebut. Selain dari membayar yuran keahlian RM1 sebulan untuk 10 bulan. Syarat sumbangan wajib korang boleh baca dengan lebih lanjut kat blog SKJ posted by rain relly. Korang juga boleh menyumbang seikhlas hati pada akaun yang sama. Korang boleh inform Sahabat Kucing Jalanan -Online selepas sumbangan dibuat atau terpulang juga jika korang mahu buat sumbangan secara rahsia. 

      Wednesday, January 3, 2018

      Kenapa Kucing Tabby Oren (Jingga) Jantan & Kucing Calico Hanya Betina?

      Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Hi, korang! Post saya kali ni nak sembang pasal keunikan genetik 2 kucing, kucing tabby oren dan kucing calico. Umumnya warna bulu kucing terdiri daripada hitam, oren (jingga) dan juga kelabu. Korang akan menemui kucing yang hanya memiliki satu rona warna seperti kebanyakan kucing tabby, 2 rona warna seperti kartun kucing Sylvester dan juga 3 warna atau juga dikenali dengan nama kucing belang tiga, kucing tiga warna, kucing telon, kucing kaliko atau kucing belacu (Calico cat)

      Sylvester the cat. Imej dari Looney Toones Wiki


      Tabby oren dan calico merujuk pada rona dan pola bulu kucing dan bukan pada baka kucing. Korang boleh dapati kucing-kucing domestik memiliki warna-warna ini dengan pola belang dan tompokan seperti kucing putih + tortoiseshell. Bagi saya menyukai kucing bukan hanya pada kecomelannya atau taraf bakanya. Tetapi keunikan yang dimiliki oleh kucing itu sendiri dari segi genetik, karakter dan personaliti, habitat dan behaviour serta misteri, mitos, sejarah dan lagenda yang menyelubungi haiwan ini.

      Kucing Tabby Oren (Jingga)

      Kebanyakkan kucing oren adalah tabby, korang boleh pastikan fakta ini dengan melihat tanda (M) pada dahi dan pola belang pada bulu kucing tabby oren. Kucing tabby oren adalah antara kucing yang popular dan mempunyai signature tersendiri. Walaupun kucing tabby oren kelihatan biasa, bersepah di jalanan, namun untuk mendapatkan seekor kucing tabby oren memerlukan kombinasi genetik tertentu.

      Tabby oren (jingga). Pola berbelang dan tanda M pada dahinya. Sooo oren! - imej dari FB Sahabat Kucing Jalan
      Kucing tabby oren memiliki kombinasi rona dan pola dari satu warna (oren). Sama saja dengan tabby lain, bulu kucing tabby oren boleh didapati dalam pola (corak) seperti markerel, klasik, spotted dan juga thicked. Korang boleh rujuk post saya sebelum ni - Kucing Belang a.k.a Tabby Cat. Oleh kerana warna oren adalah salah satu warna yang menentukan jantina kucing jantan, korang akan dapati kucing tabby oren selalunya jantan berbanding betina.


      Imej dari Pinterest
      Ini adalah kerana faktor gen pada kromoson X. Gen kromosom X berfungsi menentukan warna bulu dan jantina kucing. Kod warna dalam gen  X ialah hitam dan oren. Untuk lahir sebagai kucing tabby oren jantan, kucing jantan memerlukan satu gen kod warna oren dari ibu kucing tabby oren, calico atau tortoiseshell. Jadi jika korang dapati ibu kucing melahirkan anak tabby oren walaupun bukan tabby oren jantan yang mengawan, jangan peningkan kepala korang nak tahu jantan ke betina. Confirm jantan dak kecik tu.




      ***nota kaki :
      • Kromosom kucing jantan XY
      • Kromosom kucing betina XX
      • Gen kromosom X ada 2 kod warna (hitam dan oren)
      • Gen kromosom X juga berkait dengan jantina kucing
      • Gen kromosom Y mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat kejantanan hanya boleh diwarisi dari kucing jantan induk

      Seperti kucing tabby lain, korang akan terpesona dengan tingkah laku yang aktif, playful, keghairahan dan kenakalannya. Kucing tabby oren lebih bersikap aggressive dan bossy. Warna bulu oren keemasan atau keperangan umpamakan si tabby oren bagaikan singa kecil lagaknya. Membawa tuah kepada yang membela. Bertuahnya memiliki kucing kerana hidup lebih tenang, jiwa yang penuh kasih sayang dan mendapat kesihatan dalam yang lebih baik (kurang stress). Kucing tabby oren jantan adalah salah satu warna kucing kegemaran saya. Ada masa kucing ini seperti tahu memilih orang untuk didekati dan bermanja. Sometimes, the orange tabby don’t come for the food but they come to you for attention and cuddle. Perhaps he choose you to be his servant? Korang mungkin akan tertanya-tanya kenapa korang layankan saja peel si tabby oren ni? Ini mengingatkan saya kenangan saya jumpa seekor kucing tabby oren jantan yang sangat jinak dan manja. Setiap kali saya singgah makan di kedai Tomyam di bawah jejambat Kampung Sg Penchala, pasti akan bermanja dengan saya. Ada yang begitu manja sehingga mahu masuk dalam handbag saya! Mentang-mentanglah handbag saya tu besar dan memang boleh masuk seekor kucing. Maaf sayang, mummy tak dapat bawak awak balik bersama. Geram pula dengan si May sebab tak semanja kucing-kucing di kedai Tomyam tu.

      Kucing Tabby Oren Betina

      Tahukah korang, populasi kucing tabby oren jantan adalah nisbah 80/20 kucing tabby oren betina? Disebabkan faktor ini juga, orang menyangkaan kucing tabby oren selalunya adalah kucing jantan. Korang akan jumpa kucing tabby oren betina yang sihat dan normal serta mampu melahirkan anak-anak tabby oren jantan. Kenapa kucing tabby oren betina 'rare' berbanding kucing oren tabby jantan?


      Diagram ini saya buat untuk menunjukkan bagaimana kucing oren tabby betina terhasil dari kombinasi gen X warna oren dari kucing tabby oren betina dan jantan

      Untuk kucing menjadi kucing tabby oren betina, dia mesti mewarisi satu gen kod warna oren dari ibu kucing tabby oren, calico ataupun tortoiseshell dan satu lagi dari bapa kucing (mesti dari kucing tabby oren jantan). Selain dari kucing tabby oren jantan, tidak akan menjadi kucing tabby oren betina. Sebab itulah kucing tabby oren betina rare. Jika korang ada kucing tabby oren betina melahirkan anak-anaknya yang juga tabby oren, kena study sikitlah bagaimana nak tahu tabbies oren semua tu betina atau jantan :)


      Hah! mana satu jantan, mana satu betina ni? - Imej dari FB Sahabat Kucing Jalan
      Kucing Calico Adalah Kucing Betina

      Berbalik semula bagaimana kucing tabby oren, mendapat gen kod warna oren dari ibu kucing calico. Kucing calico memiliki kombinasi warna hitam dan oren (jingga) pada keseluruhan badannya. Ada juga yang mempunyai bulu warna putih pada bahagian bawah badan (kawasan perut dan kaki) dan ada juga memiliki bulu putih hampir seluruh badan dan tompokan dua warna pada bahagian-bahagian tertentu badan. Kucing dengan warna bulu sebegini dipanggil tortoiseshell and white (tempurung kura-kura dan putih). Kucing tortoiseshell inilah yang dikatakan sebagai kucing belang tiga atau kucing 3 warna. Ada juga kucing berbulu tortoiseshell + white yang berbelang. Kucing yang memilki tompokan 2 warna dan berpola dipanggil caliby (calico + tabby).

      Panggilan calico berasal dari luar Amerika Utara. Di tempat-tempat tertentu, kucing calico dipanggil chatte d'Espagne (dalam bahasa Perancis panggil ini spesifik kepada kucing betina). Di Jepun, kucing tiga warna ini dipanggil 'mi-ke'. Kucing belang 3 warna juga dipanggil dengan panggilan kucing kalimanko atau harimau dahan. Kat Malaysia, kita panggil kucing poreng ye, adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang semua. Kenapa panggil poreng? Pasal warna dia hitam comot dan berporeng oren. Hehehe… Dan kucing tortoiseshell pulak kita panggil tompok. Sebabkan rona warna kelihatan seperti tompokan warna. Betul tak? Ahaaa... tetiba ilham datang pulak tetengah pagi menaip post ni.


      Salah seekor anak pertama May, tortoisehell + white atau caliby? Boleh nampak pola tompok dua warna hitam dan oren. Imej - Personal Google Photos
      Mari ulangkaji semula formula kromosom kucing XY dan XX. Kucing jantan yang normal dan sihat mempunyai kromosom XY. Gen dalam kromosom X menentukan kod warna bulu hitam atau oren dan jantina kucing. Manakala Gen dalam kromosom Y membawa sifat dan ciri-ciri kucing kucing. Kucing jantan hanya dapat mewarisi gen Y daripada kucing jantan induk.


      Diagram ini menunjukkan bagaimana calico mendapat 2 warna hitam dan oren

      Gabungan dua kombinasi gen XX menjadikan seekor kucing betina. Dimana potensi untuk mendapat satu kod warna gen X kucing jantan dan satu lagi kod warna dari gen X kucing betina. Jadi tak hairanlah kenapa kucing calico selalunya kucing betina (chatte d'Espagne). Warna hitam dan oren pada kucing Calico menunjukkan kromosom XX kucing tersebut mempunyai 2 kod warna berbeza. Jadi, kalau kucing betina korang melahirkan seekor kucing calico, bermakna dia dapat mewarisi kod warna dari ibu dan bapa kucing induk. Korang tak perlu pening memikirkan dia apa jantinanya. Memang confirm kucing calico tu adalah betina


      Si comel tortoiseshell+white ni sah sah betina. Sayangnya singkat saja hidupnya. Saya terkilan tak dapat selamatkan dia dulu

      Kucing Calico Jantan

      Adalah mustahil kucing yang mempunyai kedua-dua kod warna sekali gus adalah jantan disebabkan faktor kromosom XX. Namun,sekiranya korang terjumpa kucing calico jantan atau kucing poreng yang jantan, kucing tersebut berkemungkinan mengalami kecacatan genetik. Kombinasi kod warna 2 gen X (hitam + oren) dan dalam masa yang sama mewarisi gen Y dari kucing jantan induk, menyebabkan kucing calico jantan mempunyai kromosom XXY di mana ada gen X lebih dari yang normal (XY). Kecacatan genetik ini juga menyebabkan kucing calico jantan mandul. Kecacatan genetik ini sama seperti kecacatan genetik manusia yang dipanggil Syndrome Klinefelter.



      Kucing poreng calico 'jantan; ini ditemui di sekitar kawasan Kulim, di kedai makan. Kucing ini barangkali mempunyai beberapa kelemahan atau penyusutan keupayaan. Dimaklumkan kucing ini dibuang oleh tuannya kerana dah nyanyuk. Bodoh betul tuannya tu - imej dari FB group SKJ

      Namun...Jika korang dapati kucing calico jantan yang korang jumpa tu sihat dan normal, mampu mengandungkan kucing betina. Bak kata seorang pendakwah yang pakar dalam sejarah lampau, Ustaz Auni Muhammad, kalau jumpa kucing tiga warna, jantan dan mampu mengandungkan kucing betina, itu adalah kucing paling ajaib di dunia. Subhanallah, hanya dengan izin Allah. Korang boleh ikut video beliau mengenai warna kucing dari youtube ni:-




      Warna Putih

      Mesti korang tertanya-tanya, jika gen kromosom X memberikan warna bulu kucing hitam atau oren, mana datang pula warna putih??? Banyak juga kucing berbulu pulih keseluruhan badannya yang liar dan berkeliaran. Dan satu lagi persoalan adakah kucing berbulu putih ni kucing albino? Kucing albino memiliki mata iris warna merah dan sangat sensitif dengan pancaran matahari.

      Faktor yang menyebabkan kucing berbulu putih adalah gen dominant masking. Dominant masking adalah gen yang membentuk kod warna (kombinasi warna) dan pola (corak/pattern) bulu kucing. Apabila gen putih (white gene) hadir, bagaimanapun, corak tidak akan dinyatakan (menjadi). Mana-mana kucing yang mempunyai warna putih walaupun pada asas corak dan warna bulunya adalah kucing homozigot (WW) atau heterozogot (Ww). Manakala kucing yang tidak mempunyai gen dominant masking (ww) akan mempamerkan warna dan corak. Kerana inilah korang akan menemui kucing mempunyai 2 warna dan warna putih bertompok hitam dan oren (tortoiseshell).


      White cat - imej youtube 

      Kita rasa kita suka dengan kucing putih suci murni seputih salji yang memilik mata irisnya berwarna biru. Namun, tahukah korang kucing sebegini juga mengalami kecacatan pendengaran. Kebanyakan kucing putih dengan iris mata berwarna biru dikatakan mengalami ketulian. Walaubagaimanapun, ketulian berlaku tidak hanya pada kucing putih beriris mata biru, malah berlaku juga kepada yang iris mata kuning atau hijau. Ini kerana sesetengah kucing putih mempunyai genetik tertentu yang diwarisi dari kucing induk yang menunjukkan ciri-ciri sesekor kucing yang unik. Dalam kes iris mata biru, ada kemungkinan sesetengah kucing putih mewarisi ciri-ciri dari kucing induk yang juga dipanggil corak siam. 

      Terdapat kajian sains menguji tahap pendengaran kucing putih dibuat pada tahun 1997, mendapati 72% kucing putih benar-benar tuli. Dari awal beberapa minggu selepas anak kucing putih dilahirkan, seluruh organ korti pada anak kucing putih ditemukan telah mengalam degenerasi. Dan ditemukan juga beberapa bulan setelah organ korti mengalami kerosakan (degenerasi), spiral ganglion juga akan mulai mengalami kerosakan. Disebabkan gangguan ini, kucing putih didapati mengalami ketulian (pekak).

      Nota kaki:-
      *organ korti - organ yang terletak telinga belakang mamalia
      *degenerasi - perubahan keadaan fizikal dan kimia yang menerusi keberkesanannya (effeciency)
      *Spiral ganglion - errr... gegendang telinga kot

      Wahhh... kinda complex jugaklah. Secara kasar, saya mengetahui dasar warna kucing iaitu putih, hitam dan oren serta warna kelabu. Coat warna dan pattern bulu bukan dipengaruhi oleh jenis baka kucing. Malah ia ada pada semua jenis kucing domestik dan juga kucing baka. Genetik yang membawa ciri-ciri seekor kucing dari segi rupa paras, pattern bulu, warna mata, struktur badan dan sifat-sifat unik kucing diwaris dari kucing induk dari kucing induk betina dan kucing induk jantan. Kucing korang dari jenis kucing domestik yang mana?

      Jika ada info yang korang nak tambah dan kongsi, korang boleh komen pada post ini ya.

      Sumber rujukan :-


      Kisah Menghayat Hati - Kumpulan Anjing vs Seekor Kucing

      Bismillahirrahmanirrahim ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalammualaikum... lama tak update blog. Nak kata sibuk tu...