Bismillahirahmannirrahim
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalammualaikum & salam sejahtera.
Korang pernah menghadapi moment kucing kesayangan korang melahirkan anak-anak kucing tak? Saya percaya ada di kalangan korang yang ada kucing pernah ada pengalaman menjadi bidan kucing. Pada pendapat saya, ibu kucing berekor panjang adalah ibu kucing yang paling caring dan loving kepada anak-anaknya. Ibu kucing feral lebih protective. Walaubagaimanapun disturbing environment seperti kehadiran kucing jantan atau keadaan dimana berpisah dengan anak-anaknya boleh menyebabkan ibu kucing hilang sense dan mengabaikan kittens.
Bagi anak-anak kucing baru lahir yang masih ada ibu kucing menyusukan mereka, kita tak risau sangat sebab ibu haiwan biasanya sangat berdedikasi ketika menjaga anak-anak mereka. Minggu pertama kelahiran amat penting menjaga emosi ibu kucing supaya tidak mengalami depression. Kemurungan boleh menyebabkan stress dan meroyan. Samada dia memang tak suka manusia mengendalikan atau dia menghidu sense yang berbeza pada anak-anaknya, ibu kucing yang mengalami depression boleh membahayakan anak-anaknya sendiri.
Ada juga kes, anak-anak kucing abandoned atau dipisahkan dari ibunya. Perbuatan tak berperikemanusia pencinta kucing abadi ni boleh menyebabkan anak-anak kucing mati kelaparan kerana tidak menyusu. Kalau ada ibu kucing macam Koko (kucing stray yang pernah saya beri makan), yang suka adopt anak-anak kucing lain, (boleh pulak curik dari ibu kucing lain, siap bergaduh dan menang plak tu) boleh la dia suka hati dan rela jadi surrogate mother. Biasanya surrogate mother ni, ibu kucing yang juga sedang menyusukan anaknya atau ibu kucing yang baru saja kehilangan dan kematian anak. Kalau tiada? Apa yang harus kita lakukan jika terjumpa tiny litle furball yang baru lahir? Hidup, bernafas, mengiau minta susu dan matanya pun belum buka lagi.
Ada juga kes, anak-anak kucing abandoned atau dipisahkan dari ibunya. Perbuatan tak berperikemanusia pencinta kucing abadi ni boleh menyebabkan anak-anak kucing mati kelaparan kerana tidak menyusu. Kalau ada ibu kucing macam Koko (kucing stray yang pernah saya beri makan), yang suka adopt anak-anak kucing lain, (boleh pulak curik dari ibu kucing lain, siap bergaduh dan menang plak tu) boleh la dia suka hati dan rela jadi surrogate mother. Biasanya surrogate mother ni, ibu kucing yang juga sedang menyusukan anaknya atau ibu kucing yang baru saja kehilangan dan kematian anak. Kalau tiada? Apa yang harus kita lakukan jika terjumpa tiny litle furball yang baru lahir? Hidup, bernafas, mengiau minta susu dan matanya pun belum buka lagi.
Jadi, post kali ni saya nak berkongsi tips menjaga anak kucing yang baru lahir, semoga dapat membantu kita sentiasa bersedia menghadapi situasi begini. Tips ni saya ambil dari WikiHow - How to Care Newborn Kittens.
MyGooglePhotos arkib - May's 1st kittens - Snap menggunakan smartphone HTC 310 Desire |
PART 1 -Beri Makan (Feeding)
- Apa yang penting sekali apabila korang terjumpa newborn kitten, observed dari jauh lebih kurang 35 kaki dari kawasan newborn kittens untuk pastikan samada ibu kucing kembali atau tidak. Ada ibu kucing lebih garang dan very protective. Jadi korang hati-hati la ye. Namun dalam situasi tertentu korang boleh ambil tindakan terus tanpa menunggu ibu kucing kembali. Contohnya, korang nampak kucing jantan atau anjing liar atau ada budak-budak sedang bermain yang mampu mendatangkan bahaya kepada si kecil tu.
MyGooglePhotos arkib - Kittens baru lahir dalam minggu pertama -Snap menggunakan smartphone HTC 310 Desire |
- Sekiranya korang dapati masih ada ibu kucing, sebaiknya korang biarkan dulu newborn kitten bersama ibu mereka. Sediakan makanan untuk ibu kucing di tempat berasingan dari kawasan dia berlindung. Kalau ibu kucing jinak dan senang didekati, korang tiada masalah nak bagi makan kat tempat yang sama. Saya baca blog luar negara, omputih akan ambil kittens bersama ibunya sekali.
- Kalaulah situasi ibu kucing tak kembali atau tak dapat nak menyusukan anak. Korang lah yang terpaksa ambil alih menjaga anak kucing dan menyusukannya. Jenis makanan yang perlu korang sediakan bergantung pada usia si kecil tu. Ada baiknya korang rujuk dengan veterinar mengenai apa-apa yang special yang boleh diberikan kat kittens.
- Menurut WikiHow kalau kitten baru sangat 1-2 minggu korang kena susukan dia dengan commercial milk replacer formula. Kena beli dari klinik atau petshops kot. Jangan bagi susu lembu plak. Kecik nonet lagi tu susah dia nak hadam; Jangan lupa sendawakan dia macam kita lakukan pada bayi. Baby la katakan...
- Ikut masa makan si kecil nonet ni. Dalam 2 minggu pertama kehidupan, dia akan menyusu setiap 2 atau 3 jam berterusan. Kitten ni akan beritahu korang bila lapar dengan cara meneriak (menangis) dan tercari-cari puting. Bila dia kenyang, dia akan tertidur semasa menyusu, perut dia akan kelihatan bulat
- Selepas 2 minggu, korang boleh jarakkan jadual menyusu kitten selang 3 atau 4 jam sekali
- Jangan berikan kitten makan jika badannya sejuk. Sekiranya korang dapati badan anak kucing sejuk. Cuba hangatkan badannya secara beransur-ansur. Korang boleh check kat bahagian telinga dan tapak kaki mereka sejuk atau tidak. Letak jari korang dalam mulutnya, jika terasa sejuk bermakna suhu badannya menurun. Ini mendatangkan bahaya. Hangatkan kitten, gosok dengan tangan korang perlahan-lahan dengan tangan anda selama 1 hingga 2 jam. Selepas kitten berasa hangat, korang boleh cuba berikan susu kepadanya
- Apabila kittens tu berumur 3-4 minggu, sediakan susu formula dan piring yang kecil serta beberara makanan anak kucing yang telah dilembutkan dengan air. Mereka akan belajar minum susu dalam bekas. Korang boleh sediakan juga makan kucing yang dilembutkan dengan air untuk kittens makan; Boleh juga guna sudu dengan berhati-hati dekatkan pada mulut kitten supaya dia belajar menjilat
Incase of emergency, korang mungkin tak ada masa nak ke kedai pet atau klinik vet, korang boleh cuba resepi yang saya dapat dari website kittencare.com :-
Pastikan kesemua 4 formula dicampur dengan baik dan disimpan dalam balang tertutup rapat (kedap udara) di dalam peti sejuk. Campurkan 1/2 daripada jumlah makanan yang dianggarkan dengan satu bahagian air mendidih. Korang masukkan 1 drop cecair vitamin bayi manusia dalam formula. Kalau ramai kitten, 1 drop setiap seekor. Kalau didapati kitten mengalami sembelit, tambah dengan 1 titis minyak sayur setiap formula anak kucing sekali sehari. Pastikan makanan dalam suhu bilik atau suam sikit semasa nak beri kepada si gebus.
Korang boleh rujuk lebih lanjut kat website kittencare.com. Jika ada kemusykilan korang boleh ajukan soalan terus kat situ kerana mereka ada chat box.
Mengingatkan saya, masa anak-anak May start nak makan. Saya bagi kat mak-mak kucing makan, dia pun sibuk nak makan juga. Speechless kejap bila tengok dia berusaha nak makan, kesian bila tengok dia tersedak. Saya belum beri dia cuba makanan kucing lagi masa tu, tetapi seperti yang saya harap. Secara natural belajar makan melalui observation kitten sendiri, melihat kucing-kucing dewasa makan dan minum. Apabila dia dah pandai, dia makan serdak kibbles mak-mak kucing yang tinggal dalam bekas makanan.
Bahan-bahan harus sebati untuk di simpan dalam bekas/jar kedap udara |
Simpan bekas ke-empat- empat formula ni dalam peti sejuk |
Korang boleh rujuk table ni, portion makanan anak kucing mengikut usia 1 hingga 5 minggu. |
Imej dari Google image search |
- Bila usia 6-12 minggu, dah boleh kot kurangkan susu formula (putus susu) dan ajar dia makan makanan anak kucing 4 kali sehari.
- Korang kena periksa berat kitten ni, ada perkembangan ke tak. Anggaplah macam baby fur korang sendiri, pastikan cukup makan dan nutrisi. Kalau boleh rekod berat dia setiap hari.
PART 2 - Mengendali Dan Melindungi
Part ni, saya rasa korang perlu ambil peduli. Terutama sekali kepada korang yang tak tahan dengan kecomelan anak-anak kucing yang baru lahir. Sesetengah ibu kucing akan mengalami drepression apabila manusia berterusan mengganggunya pada minggu pertama selepas melahirkan anak. Ibu kucing yang memang dalam jagaan kita mungkin tiada isu sangat, dia dah biasa dan barangkali dia mahukan perhatian manusianya. (May adakala memanggil saya tanpa sebab, seperti mahu saya tengok dia dan anak-anak dalam kotak) Tetapi kepada manusia asing bagi ibu kucing boleh mendatangkan isu.
- Korang dinasihatkan untuk tidak menganggu anak kucing pada minggu pertama dia dilahirkan. Biarkan saja dengan ibu kucing. Ibu kucing mungkin akan menolak anaknya atau menjadi marah jika kerap dipegang. Minggu pertama sangat penting untuk kita biarkan ibu kucing bersama anak-anak yang baru dilahirkannya. Walaubagaimanapun, pada minggu ke 2 - 7 minggu pula penting untuk anak-anak kucing ini membiasakan diri dipegang oleh manusianya
Dalam saya menghadapi 2 situasi ibu kucing beranak dalam 1 masa. Koko dan juga May. Saya cuba tidak ganggu mereka pada minggu pertama. Saya sediakan setiap sekor kotak. Koko delivered the babies first, beza dalam 3 hari. Walaubagaimanapun, selepas May beranak, Koko pindahkan anak-anaknya dalam kotak May. Dan duduk bersama. Padahal kotak May lebih kecil dari kotak Koko. Saya tiada pilihan melainkan terpaksa mengalih mereka semua pada minggu pertama tu ke kotak yang lebih besar kerana bimbang Koko akan menindih dan melemaskan anak-anak kucing (Koko ada rekod begitu).
- Berhati-hati ketika mengendalikan anak kucing ya. Mesti dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Kalau korang ada anak korang yang nak pegang anak kucing, latih anak korang lihat bagaimana korang memegang dengan perlahan dan cermat. Jangan berikan mereka pegang sendiri tanpa sebarang pengawasan. Ingat! sama seperti bayi yang baru lahir, newborn kitten juga fragile (rapuh). Malah kanak-kanak mampu memyebabkan kecederaan yang serius padanya.
- Sediakanlah tempat anak kucing yang selesa, kering, bersih dan selamat. Korang boleh gunakan kotak kosong, lapikkan dengan tuala atau selimut yang bersih. Sekurang-kurangnya tuala atau selimut dapat memanaskan kittens
- Untuk kittens yang tanpa ibu, korang boleh menggunakan tuala untuk pastikan mereka dapat memanaskan diri. Pastikan anak-anak kucing boleh beralih jika mereka berasa terlalu panas. Monitor mereka dari masa ke semasa. Korang boleh juga cuddle dengan tapak tangan dan tubuh korang.
imej kiten dari Google Image Search - cats.lovetoknow.com |
PART 3 - Penghadasan
Biasanya ibu kucing akan membersihkan anak-anaknya. Koko dan May sangat rajin membersihkan anak-anak mereka. Since Koko agak meroyan skit, saya perhatikan dia lebih beria-ria menjaga kittens walaupun kurang susukan anak-anak. Kesian Koko tapi lagi kesian kat May, sebab menyusu. Korang boleh follow tips kat sini bagaimana nak jaga penghadasan kitten:-
- Jika ada ibu kucing, biarkan ibu kucing membersihkan anak-anaknya. Untuk beberapa minggu pertama, ibu kucing akan menjilat kawasan genital (alat kelamin) anaknya untuk meransang anak kucing kencing dan berak (pakai bahasa kasar la ye, senang faham). Jika tak buat, anak kucing takan melakukannya. Keadaan ini sehingga kittens dah mula pandai makan, ibu kucing berhenti jilat genital kittens.
- Bagi kittens yang tiada ibu, koranglah yang harus membantu anak-anak kucing ni merangsang genital untuk kencing dan berak sehingga mereka pandai melakukannya sendiri. Tak la sampai korang yang kena jilat genital kittens tu, haish! Gunakan kain lap basah atau sekeping kain kasa yang dilembabkan atau wet tissue, rub atau gosok dengan perlahan-lahan kat bahagian alat kelamin dan dubur kittens selepas setiap hidangan. Lakukan sehingga air kencing dan poop selesai. Korang perlu gosok perlahan pada satu arah. Jangan guna kapas atau pad kerana ia menumpah bila menyerap air berlebihan.
- Urin anak kucing harus warna kuning pucat dan tidak berbau, manakala najis pula harus berwarna coklat kekuningan dan berbentuk macam batang mancis. Kalau korang dapati air kencing dia gelap, itu menandakan dehidrasi. Najis hijau pula menunjukkan terlalu banyak makan. Jika najis putih, menunjukkan anak kucing mengalami malabsorption, ini masalah serius yang melibatkan fungsi usus kitten. Bawa dan rujuk ke vet dengan segera
- Jika anak kucing tak kencing dalam masa 12 jam, perlu segera bawa ke vet
- Kebanyakan kitten akan berak sekali sehari. Namun jadual berak setiap seekor berbeza-beza. Segera bawa kitten ke vet jika tak berak lebih dari 2 hari
Teringat saya masa saya bawa balik white kitten untuk kawan saya pelihara. Semasa dalam jagaan saya, memang saya risau sangat dia belum berak. Tapi masa tu saya memang tahu apa-apa sangat. Nasib baik dalam 2 hari dengan saya dia akhirnya berak juga. Saya bawa dia tidur dengan saya walaupun dia masih liar dan takut dengan manusia. Saya serahkan anak kucing tu kepada kawan saya dalam keadaan sihat. Berlaku belas tahun lepas tak silap saya...
- Apabila kittens dah berusia 4 minggu, mereka dah bersedia untuk guna litter box. Untuk latih dan galakkan kitten mengguna litter box, letak kitten dalam litter box selepas dia habis makan. Dia dah selesai buat business, WikiHow bagitau letakkan kitten semula bersama dengan adik-beradiknya. Masukkan sekor lagi dan seterusnya. Biarkan setiap ekor beberapa minit untuk menggunakan litter box setiap kali selepas makan. Kalau sekor senang, berekor-ekor korang perlu lakukan dengan kesabaran
- Pemerhatian dari masa ke semasa perlu dilakukan. Sekiranya korang dapati kittens ada problem nak kencing atau berak, rujuk dengan veterinar bertauliah. Korang boleh juga ajukan pertanyaan FB group kucing korang tetapi jangan ambil bulat-bulat tips diberi, perlu juga advise doktor vet. Lain orang, lain kucing, lain kitten maka... lain situasi dan caranya
Bila kittens dah celik, dah mula merangkak. Biarkan dia explore sedikit demi sedikit ruang. Ajar dia explore ruang rumah korang secara berperingkat sebolehnya. Expose kittens dengan apa-apa yang korang rasa patut dia kenal. Macam mana korang lakukan pada baby manusia macam tu juga pada kittens ni. Dorang baby jugak. Jauhkan mereka dari objek-objek merbahaya.
Luangkan masa dengan kittens sebanyak mana yang korang boleh. Bermain dengan mereka. Waktu ini mereka aktif meneroka dengan sifat ingin tahu. Memandangkan tiada ibu kucing nak training mereka dengan skills defense, protection dan hunting, jadi terpulang pada korang macam mana nak latih dan didik kittens ni. Sifat semula jadi ciri-ciri kucing diwarisi dari gen ibu dan bapa mereka, korang perlu 'polish' skill mereka.
Dedahkan juga mereka dengan dunia kat luar walaupun mungkin korang nak jadikan mereka indoor cat. Indoor cat ni kesian kalau dia terlepas keluar, dia akan jadi jakun dan berkemungkinan akan sesat bila pertama kali dia keluar sebab dunia dia sebelum ni terhad. Dan jika mereka meneroka lebih jauh, mereka tak tahu macam mana nak balik semula ke rumah. Bawa mereka keluar berjalan-jalan di kawasan kejiranan dengan monitor rapat ketika mereka melakukan penerokaan. Avoid dari bertembungan dengan kucing liar lain yang mungkin akan menyerang dan mencederakan si kecil. Monitor anak kucing bila dia berada luar atau di laman. Tips, lakukan ketika kitten belum makan, jadi senang nak panggil balik makan.
Kalau korang bercadang nak berikan kittens kepada orang, korang boleh open for adoption pada umur kitten menjangkau 8 minggu ke atas. Follow up dengan owner baru dan check samada mereka dah ada rancangan untuk spayed dan neutered kitten. Ini adalah langkah terbaik untuk mengawal populasi kucing di jalanan.
PART 5 - Kesihatan
Korang boleh rujuk kat WikiHow - 4 Ways To Take Care Kitten sebagai guideline korang bagaimana nak menjaga newborn kitten. Rajin membaca artikel mengenainya dan dapatkan maklumat dan panduan dari veterinarian. Korang boleh la jugak nak tanya kat rakan-rakan kucing FB korang tapi seeloknya korang banyakkan baca artikel dan rujuk dengan doktor vet. Jangan risau doktor kucing kebanyakan semua baik hati... kan...kan...kan?
- Anak kucing yatim piatu dah boleh diberi ubat cacing bila dah berusia 2 minggu - 8 minggu. Mereka mungkin ada antibodi tetapi lemah berbanding dengan anak-anak kucing yang beribu. Ini kerana tidak antibodi yang sepatutnya dari susu ibu mereka.
- Bila dah masuk umur 9 minggu korang boleh bawa ke klinik vet untuk vaksin anak kucing. Waktu yang ideal untuk buat pemeriksaan cacing dan berikan vaksin. Asas vaksin untuk melindungi kitten dari jangkitan selsema dan penyakit berjangkit
Saya selalu bersihkan mata anak-anak kucing. Tengok sekor ni. Comel haaaa... |
Sepanjang saya memberi makan kepada 3 ekor kucing betina yang datang ke rumah, dapatlah saya mempunyai kittens seketika. Apa-apa saya biarkan berlaku secara natural. Keputusan ditangan ibu kucing. Ahaaa... gitu gayanya. Apa yang boleh saya bantu, beri ibu-ibu kucing ni makan yang cukup dan bekalan air bersih untuk mereka supaya ada tenaga untuk susukan anak-anak. Saya akan bersihkan dan tukar lapik dalam kotak dari masa ke semasa. Cubaan membawa anak-anak kucing masuk dalam rumah tu tak payah ceritalah, banyak kali juga la mak-mak kucing ni buat kerja. Kita faham ibu kucing ni akan mencari tempat yang selamat untuk sembunyikan anak-anak mereka. Paling lucu sekali, bila saya ternampak May cuba nak bawa masuk anaknya ke dalam rumah dan saya berjaya buat sekatan. Tapi sebelum tu, May dah berjaya bawa masuk 2 ekor anaknya letak atas katil bersebelahan dengan suami yang tengah tidur. Suami saya pun boleh tak sedar ada anak-anak kucing atas katil. Dah besar skit, dah pakat celik semua, saya kerap bersihkan mata mereka, selalu anak kucing ni mudah kena jangkitan mata.
Duk kat sudut. Merajuk terus lepas kena cuci mata |
Peluang anak-anak kucing jalanan untuk meneruskan hidup bergantung pada persekitaran. Jika kawasan selamat untuk ibu dan anak-anaknya yang baru lahir. Korang boleh saja monitor kehidupan mereka dan dalam masa yang sama berikan mereka makan dan minum air yang bersih. Kita memang tak dapat berbuat apa-apa terhadap jiran kita yang tak suka haiwan. Kita kena juga faham dan terima pendirian orang lain sebelum buat kesimpulan negatif. Namun, jika kucing jalanan kawasan kediaman korang berada dalam keadaan terancam dan perlu diselamatkan, atas budibicara korang, lakukan sesuatu untuk menyelamatkan mereka. Sekiranya korang mahu menyelamatkan kucing dewasa atau kittens tetapi tidak boleh menjaga atau memelihara korang boleh lakukan seperti berikut:-
- Sebaiknya sementara waktu korang cuba berikan perlindungan dengan beri makan dan minuman air bersih. Pastikan lokasi kucing tidak terdedah dengan bahaya. Monitor aktiviti kehidupan kucing sementara mendapatkan bantuan shelter kucing jalanan;
- Survey shelter kucing jalanan melalui klinik vet dan secara online; (shelter kucing yang aktif biasanya mendapat rujukan dari klinik veterinar, mempunyai website dan facebook);
- Rujuk NGO kucing jalanan (Sabahat Kucing Jalanan) untuk mendapatkan lokasi shelter terdekat dengan kawasan anda bagi memudahkan urusan pengambilan dan penyerahan kucing-kucing jalanan yang perlu diselamatkan;
- Hubungi aktivitis kucing jalanan yang shelter mereka masih mengambil kucing; (Korang perlu rujuk dengan NGO kucing jalanan untuk pastikan shelter yang korang nak serahkan kucing adalah no-kill shelter kerana sesetengah shelter haiwan akan mematikan haiwan yang tidak diambil dalam jangka masa tertentu terutama sekali Majlis Perbandaran. Elakkan hantar ke shelter sebegini) tak adil buat kucing jalanan
- Kepada korang yang bermurah hati, donate makanan kucing kepada shelter yang mengambil kucing yang korang laporkan tu. Mungkin tak banyak tetapi sumbangan ehsan korang dapat membantu meringan kos penjagaan kucing-kucing di shelter tersebut.
Jangan pula bila dah tahu habis korang viral kat facebook sesukati korang dan angkut semua kucing jalanan hantar kat sana pulak. Saya sebolehnya nak rahsiakan dari pengetahuan orang terutama sekali penternak kucing - nanti kita bicara mengenai isu berat ini dalam post akan datang.
credit to -
Youtuber Wayne Driggers
kittencare.com
Sabahat Kucing Jalanan
Kitten sy dh 2mggu dia xberak la
ReplyDeleteHi, Samsudin Wardina. Macam mana kitten awak sekarang? Awak dh bawak jumpa vet?
DeleteKucing sy bersalin anak pramatang, sebelum nie selalu gugur. Even yg sekarang pun seekor gugur, seekor je kami dpt selamat kan. Tpy ibu kucing xnak bgy susu, mcm mana ea.
ReplyDeleteHi, awak. Saya minta maaf sangat kerana baru reply. Anda boleh rujuk post saya bagaimana nak jaga newborn kitten. Saya tumpang simpati dengan keadaan kucing anda. Sebaiknya anda neutered dia jika keadaan dia masih sama jika mengandung lagi
ReplyDeletesaya nak tanya, sekiranya ibu kucing nak sangat pindahkan anak kucing itu kedalam rumah, tapi saya tak benarkan dan saya dah sediakan tempat yang selamat dan tetap biarkan dia dan anaknya ketempat yg kami sediakan, insha Allah selamat. jadi, adakah cara saya ini betul?
ReplyDeleteOk cara tu. Saya pun buat macam tu juga masa jaga anak-anak Maymay dan Koko. Dorang akan cuba pindahkan anak-anak dorang ke tempat yang lebih tersorok. Saya kerap tukar lapik dalam kotak untuk kebersihan ibu dan anak-anak kucing.
Deletesye jumpe ank kucing...sye x tau die umur bpe
ReplyDeleteAlamak.... kalau kecik sangat mungkin dalam seminggu...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNak Tanya lah,kalau anak kucing kite ni baru lahir lpstu macam mana nak elakkan dri dimakan oleh kucing jantan ???
ReplyDeleteErrr menurut mitos, kucing jantan makan anak2 kucing yang dikatakan membawa tuah. Kalau secara saintifik, dia mungkin makan sebab bukan dari baka dia atau dia mahu mengawan lagi ibu kucing. Anda kena simpan anak-anak kucing dalam ruang yang tersembunyi demi keselamatan mereka lah nampak. Make sure ibu kucing tahu di mana anak2 dia
Deletenak tanya ibu kucing xnak susukan anak2 lepas sebulan..xnak makan dan lemah..sy ada adopt anak kucing dan bagi dia susukan..adakah dia depress disebabkan krna susukan adopt kitten tu?
ReplyDeleteKucing saya pernah saya perhatikan lemah, kurus dan tak berselesa makan dalam masa yang sama dia menyusukan anak-anaknya termasuk anak-anak kucing lain. Kena rujuk yang lebih pakar berkenaan dengan behaviour kucing ni
Deleteassalam..
ReplyDeletesaya ada adopt anak kucing, tak pasti umur berapa tapi dah lincah dah..
meow nampak agak takut,saya letak dalam cage, dia mengiau tak berhenti..
bila saya lepaskan, dia menyorok kat rak kasut, saya risau dia berak kat situ..
ada tips tak nak bagi dia hilang takut tu? lori sampah lalu pun dia kelam kabut dalam cage tu..kesian dia..
harap ada yang sudi share tips.. :)
Anak kucing yg xbiasa mmmg takut. Biasanya kalau sekor2 xde adik beradik laim. Dibiarkan menangis kita plak rasa xselesa dan xsampai hati. Biasakan bermain2 dgn dia sampai dia biasakan diri dgn sekeliling. Main dgn dia 1/2jam - 1jam sehari pun cukup dah. Selalu peluk dan belai2 dia.
DeleteSalam, kucing saya baru melahirkan anak 4 ekor. Lahir 4 ari yg lepas..petang tadi lepas pulang dari kerja sy dapati kucing sy makan salah seekor dri anaknya.. skrg sy dah pisahkan dri ibunya.. cuma ape patut sy buat dkt anaknya sbb sy tak tau nk jaga mcm mana.. ada tak ngo2 yg boleh bantu jagakan ank kucing yg bru 4 hari lahir..lagi pun sy bekerja so agak susah nak jaga sbb ank kucing masih kecik lgi yg perlukan pemerhatian yg btol.
ReplyDeleteWaalaikumsalam, saya dah kongsi info di atas bagaimana nak jaga new born. Penat saya type panjang lebar untuk bacaan bersama-sama, harap anda rajinkan diri membaca dengan sepenuhnya, ikut tips yang saya dapatkan dan cari sumber info yang lebih membantu situasi anda. Semua atas kehendak dan keikhlasan diri kita nak buat sesuatu perkara. Saya mohon maaf sangat2 saya tak terikat atau sertai mana-mana NGO kucing jalanan, saya tak dapat nk rekemen NGO terbaik untuk kucing2 jalanan buat masa sekarang. Dan maafkan saya kerana baru sekarang reply comment anda.... :(
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya trjumpa ank kucing ptg td.. X tau umur brp, tp msih blum bukak mata lg.. Mulanya bwk balik.. Tali pusat dy kering, hitam.. Tp lpas bbrp jam..prasan tali pusat dia basah, dn jd mcm wrna kuning mcm bru lahir tu.. Ap yg saya boleh buatt 😭
ReplyDeletesalam admin .saya baru terjumpa anak kucing yg baru lahir matanya pun masih tak terbuka lagi .dah satu hari saya jenguk mana ibunya tak dtg2 jadi saya bawa balik ke rumah .masalah yg dihadapi sekarang kucing ni tak nak minum susu langsung .sudah dicuba dgn mcm2 cara .pakai jari pun tak mahu .beli puting susu kucing tu pun tak mahu juga .apa patut saya buat ya .
ReplyDeleteMacamna kucing awak sekarang
Deletesalam min...nak tanya ni..anak kucing saya lebin kurang 5 minggu gitu umur dia..kene gigit dengan kucing jantan tapi dapat di selamatkan tapi dia dah terlantar 1 minggu..skrang ni dia dah tak boleh nak jalan atau bangun sendiri..ade cara takk nak ajar dia jalan balik??..kaki dia 4-4 fungsi just tak boleh nak berdiri je..cane ye??ada yang boleh tolong??
ReplyDeletekalau anak kucing yang baru lahir boleh ke dicampurkan tempat tinggal dengan kucing yang sama ibu cuma dah besar?
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteTerima kasih banyak, selepas saya baca artikel ni...banyak ilmu dan info yang saya dapat untuk menjaga anak kucing terutamanya yang baru lahir... cumanya boleh tak fomula susu kucing ditranslatekan ke Bahasa Malaysia bagi memudahkan lebih untuk difahami...
Lagi sekali, saya ucapkan terima kasih info yang sangat berguna ini...:)
Assalam. Kucing sy baru lahirkan anak 5 ekor. Kucing sy indoor. Boleh tak sy kurung mak dan anak dlm 1 sangkar sbb takut mak dia pindah2kan anak2 kucing dlm rumah. Memandang sy bekerja siang hari dan selalu balik lambat. Risau juga tak ada org tolong tengokkan. Boleh bg tips? Tkasih
ReplyDeleteassalamualaikum ADMIN..ank kucing sy usia dia 3 minggu n minum susu formula yg sy rendam dlm air pns..masalahnya ank kucing ni susah sgt nk berak..trpaksa bwk ke vetclinic utk bg dia berak selang setiap 4 hari..cmne ye?ada apa2 cdgn tak supaya my kitten ni mudah berak?adakh perlu tukar susu or bgaimana?tq..
ReplyDeleteAssalamualaikum.kucing saya baru lahirkan anak dia 4 ekor semalam..pastu arini saya check anak ii dia..tali pusat anak dia terbelit dgn anak ii dia yg laen..boleh potong ke..malam semalam seekor anak kucing saya terputus tali pusat dia..pastu dia nampak mcm x bermaya..lpstu dia mati, pusat dia pon berdarah..tadi seekor lagi anak kucing saya terputus jugak masa mak dia nk pindahkan, tapi x check lagi mati ke x..mcm mane ni, saya takut nk potong tali pusat tu..
ReplyDeleteMaklumat ini sangat berguna 👍
ReplyDeleteTq for your information😀😀😀
ReplyDeleteSalam, saya ada kucing baru lahir tapi sekarang usianya 4 hari dan dia selalu tidur dan kelihatan lemah. Tak aktif macam sebelum ni. Saya bagi minum susu kucing sebab mak dia takde. Ape perlu saya buat ye?
ReplyDeletehai awak..smoga kucingawak sihat slalu ya.nak tye...ade dah ke pakai penapis udara? bgus juge utk org yg bela kucing ni..slalu rmai client sy pasang filer udara ni supaya bulu cat tk serabut kt lantai dn sofa..klau nak pasang..sy bole bantu wsp la..sy agen cuckoo..011-16930576
Deletesalam, ank ii kucing saye bru sje dilahirkan malam tdi, 3 ekor. tpi maknye meninggal. saye beli susu kambing dan susu kucing utk ank ii kucing tu tpi semua tanak minum. sudah 24 jam mereka langsung x minum susu , apa ptut saye buat? harap boleh bantu, terima kasih
ReplyDeleteHi, saya harap awak MEMBACA artikel penuh saya kongsikan di sini. Panduan nak jaga newborn. Saya bukan veterinar atau pakar kucing, saya hanya kongsikan artikel untuk bacaan. Pasal anak kucing tak nak minum susu, mungkin cara awak salah ke saya tak pasti. Better awak rujuk dengan Doktor vet yang lebih arif.
ReplyDeleteHi... Anak kucing yg saya kutip berusia dlm 3 ke 4 Hari. Boleh ke dimandikan?
ReplyDeleteHi saya nak tanya, anak kucing saya(ibunya baru sahaja mati) berumur lebih kurang sebulan 2 minggu ada cacing di najis dia? Apa yg saya perlu buat?
ReplyDeleteAsalamualaikum... Ibu kucing saya baru lahirkan 3 anak kucing.. Tetapi bila saya sentuh perutnye berasa bonjol di dalam perutnye.... Sye tengok ibu kucing itu relax je... Adakah dalam perut ibunya ada lagi anak kucing???
ReplyDeletehai..menarik perkongsiannya..sy pun suke cat.tp sytk retijaga..hehehe...mak mak jaga cat..ade tk nakpasang filter udara?? sambil tu jika mak mak ade nak pasang penapis air ke /penapis udara di rumah..utk mudahkan wat susu anak atau nak air sejukkan...air tekan aje kan..bole pm la sy puan sue..sy agen cuckoo kl dan uruskan pemasangan ke seluruh malaysia..sabah srwak pun ade order melalui sy..sy uruskan order melalui onlinee jer...
ReplyDeletewsp 011-16930576/0133890558 (kingtop tu baru 69rm sebulan..air 3 suhu..)dan ade freegift menarik sy nk hadiahkan.wsp ajer ya sy akan bantu..tq
Haiii... Saya ad ibu kucing(nama die shoyo) yg muda lgi baru melahirkan anak2 die 5 kittens. Tpi setelah dua tiga hari melahirkan shoyo pindahkan anak2 die dekat tempat yg x sepatutnya (almari baju) so saya pun letak la anak2 nya di dalam sangkar....tetpi shoyo kelihatan gelisah mungkin sebab sangkar tersebut terlampau terdedah so saya cover sangkar pakai kain so that tertutup skit... Tetapi x smpai tiga hari die pindahkan anak2 die lgi dlam almari.. Jadi saya biarkan jelaa... Suddenly mlm tu die x bgi anak2 die menyusu pun... So saya jdi risauu sbb die pergi kat anak2 die tpi x jilat or bgi susu dkt anak2 die... Saya dh cuba bgi makan makanan basah byak skit dri biasa..yela mksud saya mungkin die x dpat nak hasilkan susu ke apa ke... Apa patut saya lakukan.. Saya risau sngattt... Saya dah pujuk shoyo bgi anak2 die makan.. Ini first time saya ada kittens soo... Saya clueless nak buat apa... 😭
ReplyDeleteAssalamualaikum terima kasih sis untuk catatan yang bermanfaat.. btw kalau kucing saya beranak baru, tapi takde puting sebab dikerjakan anak2 sebelum ni.. cana eh? Thanks sis kalau sudi jawabb
ReplyDeleteSalam,, sis sye dh biasa dh smbut ank kcing sye lhir, tpi aryni kjadian ni x prnah sye alami,, ank kucing sye dia bru je lahir then dia x brhnti ii mengiau,, maknya dh lpaskn dia dri karungnya,, dibagi susu maknya x nak pula,, tu knp ye?,, serius ni first time happen,, sbb sblum ii ni x prnah jdi 😭😭
ReplyDeleteKalau anak kucing tu baru buka mata boleh ke bagi susu lembu macam susu Dutch lady...
ReplyDeletekucing takleh minum susu lembu ... boleh menyebabkan kematian.. cari petshop susu kambing
Deletekucing takleh minum susu lembu ... boleh menyebabkan kematian.. cari petshop susu kambing
DeleteJumpa anak kucing ni dua ekor. Mata dah buka tapi kecik nonet lgi. Ibu dia xda mmghilang. Suka sngat bunyi sekor tu . Entah apa dia nak. Susu dah bagi.
ReplyDeleteDah 3 Hari ibu kucing tak balik. Anak baru je lahir seminggu. Saya x Ada duit untuk belikan susu dia.. macam mana ya kak?
ReplyDeleteMacammana kucing tu sekarang
DeleteKalau takde duit cane dia nk hidup ?
DeleteNormal kh ibu kucing tak berak lepas beranak? Anak dh berusia 5 hari ibu nya masih belum berak..tapi makn macam biasa
ReplyDeleteAnak kucing berusia 4 hari.tp ibu kucing belum lagi berak,tapi mkn mcm biasa
ReplyDeleteIbu saya beri makan kepada sekor kucing oren ni, lama kelamaan dah jadi macam pet pulak. (Note: kami satu family "geli" dan takut kucing) :p
ReplyDeleteDia lahir 4 ekor anak 2minggu lepas, tapi dia macam tak pandai bela pulak anak dia. Dia menyusu sekali dua ja setiap hari, anak ditinggalkan, dia duduk lepak depan pintu rumah kami mintak makanan.
Apa patut saya dan family buat?
Kucing saya first time beranak 2 ekor jadi dia trauma dgn kelahiran.. Macam mana nak bagi dia jilat anak dia nak bagi minum susu pun susah sbb asyik nak lari duduk dgn saya.
ReplyDeleteSalam sis, saya firstime jaga newborn, saya nak tny kalau dari segi barang dan penjagaan penghadasan bby mcm mana ya? Masa dia 1weeks - 2 months , mmg normal ke dia berak kencing merata? Yyng tempat dia duduk? Ada cara penjagaan tak mcm mana. Mmg kena pakai lapik kain je kaa? Sbb dia takda pakai litter box lg
ReplyDeletesaya ada jaga seekor anak kucing, harini umur baru 6 hari. Hari ke kedua dah berak, lepastu hari ke 4 berak, harini ni pun berak. Tapi perut dia bulat sangat, adakah itu normal atau cacing?
ReplyDeletesalam sy ad jumpa bby kitten br lahir. mk nye xdiketahui. br lhr 2 hr rsanya.. blh tahu x mcm mne cara nk bersihkn dye. sbb dye kencing skli dlm bekas tmpt dye tdo tu. mksudnye nk bersihkn bdn kitten tu. blh gune wet tisu or mcm mne ye. time ksh
ReplyDeleteanak kucing saye baru 6 hari lahir.ada 4 ekor tapi ade seekor tuh dia tak kuat menyusu.lepastu dia selalu mengiaw ii dan badannya tak aktif macam anak kucing yang lain.ibunya pulak macam pilih kasih.apa yang patut saye buat selain bawa pergi vet?. boleh ke kalau saye bagi air kelapa muda?.
ReplyDeleteHi,sya nk tnya,sya ada 1 ekor betina yang bunting dan 2 ekor jantan,mereka adik beradik,kalau kucing betina sya melahirkan anak perlu ke sya asingkan kucing betina sya dengan adik beradiknya yang lain?
ReplyDeleteSaya jumpa anak kucing baru lahir..mak dia mati lepas melahirkan..pastu saya jaga bagi minum susu kambing..pastu hari kedua dia berak.. normal ke.. warna kuning poop Dia..saya ingat kucing kencing je kalau baru lahir..saya keliru laa normal ke x?
ReplyDeleteSalam admin... Pg semalam dalam laman rumah saya ada sekor anak kucing ..masih beruri dan di seliputi lendir dan kotor berpasir.. sy cepat² ambil dan bersihkan dgn air suam..sy cuba jgk tunggu ibu kucing kalau² ad yg dtg cari.. tp xada.. hari ni hari kedua kitten tu..
ReplyDeletesy sebenarnya risau kalau kitten tu tak dapat bertahan.. sy cuba cari info² ..sy jgk masih trauma.. sblm ni ada jgk kitten yg ditinggalkan ibu sy jaga.. tp akhirnya mati..
Kitten yg baru ni sy perhatilan kittenakitten walaupun mata belum terbuka.. bila sy letak dlm kotak kitten mengiau kuat.. sy biarkn di luar kitten tido nyeyak.. boleh ke mcm tu?..
Doakan kitten sy.. sy cuba buat yg terbaik..
Saya nk tnya kucing saya beranak 2 hari lps.. Tapi semalam ank dia susu pagi je.. Pastu sy amik ank dia ltk kat puting mak dia.. Dia x nk mnyusu pun.. Risau lah saya
ReplyDeleteAssalamualaikum sy nk tanya, kucing sy dah 4minggu 4hari tapi takde pun tanda mcm dia kencing, cemana eh
ReplyDeleteKucing sy baru lahir sehari dan ibu tidak mahu susukan.. What should i do ?
ReplyDeleteAssalamualaikum, anak kucing saya, 2 ekor dah masuk 3 minggu. Tapi seekor tak boleh bukak mata. Macam ada kerak dekat mata. Then, dia pun demam jugak. Mcm mana ye? Terus bwk pergi vet atau tunggu dulu?
ReplyDeleteTerima kasih share artikel ni. Sangat berguna
ReplyDeletejumpa kucing tgh hari tadi.. sekor² dia jalan seret muka atas tar sambil mengiau. burung gagak plak duk bertenggek atas lampu jalan. duk perhati jugak dalam ½jam klu² mak dia dtg. tp x nampak btg hidung. tak gamak tinggal dia sekor. last ambil bawak balik. tapi bila baca blog ni jadi susah hati plak saya. kenapa kucing ni x nak makan. usia jangka dalam satu minggu sebab mata x buka lagi. tali pusat pun ada lagi tapi dah kering. tlg nak buat apa ni? 😅
ReplyDelete