Wednesday, January 3, 2018

Kenapa Kucing Tabby Oren (Jingga) Jantan & Kucing Calico Hanya Betina?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Hi, korang! Post saya kali ni nak sembang pasal keunikan genetik 2 kucing, kucing tabby oren dan kucing calico. Umumnya warna bulu kucing terdiri daripada hitam, oren (jingga) dan juga kelabu. Korang akan menemui kucing yang hanya memiliki satu rona warna seperti kebanyakan kucing tabby, 2 rona warna seperti kartun kucing Sylvester dan juga 3 warna atau juga dikenali dengan nama kucing belang tiga, kucing tiga warna, kucing telon, kucing kaliko atau kucing belacu (Calico cat)

Sylvester the cat. Imej dari Looney Toones Wiki


Tabby oren dan calico merujuk pada rona dan pola bulu kucing dan bukan pada baka kucing. Korang boleh dapati kucing-kucing domestik memiliki warna-warna ini dengan pola belang dan tompokan seperti kucing putih + tortoiseshell. Bagi saya menyukai kucing bukan hanya pada kecomelannya atau taraf bakanya. Tetapi keunikan yang dimiliki oleh kucing itu sendiri dari segi genetik, karakter dan personaliti, habitat dan behaviour serta misteri, mitos, sejarah dan lagenda yang menyelubungi haiwan ini.

Kucing Tabby Oren (Jingga)

Kebanyakkan kucing oren adalah tabby, korang boleh pastikan fakta ini dengan melihat tanda (M) pada dahi dan pola belang pada bulu kucing tabby oren. Kucing tabby oren adalah antara kucing yang popular dan mempunyai signature tersendiri. Walaupun kucing tabby oren kelihatan biasa, bersepah di jalanan, namun untuk mendapatkan seekor kucing tabby oren memerlukan kombinasi genetik tertentu.

Tabby oren (jingga). Pola berbelang dan tanda M pada dahinya. Sooo oren! - imej dari FB Sahabat Kucing Jalan
Kucing tabby oren memiliki kombinasi rona dan pola dari satu warna (oren). Sama saja dengan tabby lain, bulu kucing tabby oren boleh didapati dalam pola (corak) seperti markerel, klasik, spotted dan juga thicked. Korang boleh rujuk post saya sebelum ni - Kucing Belang a.k.a Tabby Cat. Oleh kerana warna oren adalah salah satu warna yang menentukan jantina kucing jantan, korang akan dapati kucing tabby oren selalunya jantan berbanding betina.


Imej dari Pinterest
Ini adalah kerana faktor gen pada kromoson X. Gen kromosom X berfungsi menentukan warna bulu dan jantina kucing. Kod warna dalam gen  X ialah hitam dan oren. Untuk lahir sebagai kucing tabby oren jantan, kucing jantan memerlukan satu gen kod warna oren dari ibu kucing tabby oren, calico atau tortoiseshell. Jadi jika korang dapati ibu kucing melahirkan anak tabby oren walaupun bukan tabby oren jantan yang mengawan, jangan peningkan kepala korang nak tahu jantan ke betina. Confirm jantan dak kecik tu.




***nota kaki :
  • Kromosom kucing jantan XY
  • Kromosom kucing betina XX
  • Gen kromosom X ada 2 kod warna (hitam dan oren)
  • Gen kromosom X juga berkait dengan jantina kucing
  • Gen kromosom Y mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat kejantanan hanya boleh diwarisi dari kucing jantan induk

Seperti kucing tabby lain, korang akan terpesona dengan tingkah laku yang aktif, playful, keghairahan dan kenakalannya. Kucing tabby oren lebih bersikap aggressive dan bossy. Warna bulu oren keemasan atau keperangan umpamakan si tabby oren bagaikan singa kecil lagaknya. Membawa tuah kepada yang membela. Bertuahnya memiliki kucing kerana hidup lebih tenang, jiwa yang penuh kasih sayang dan mendapat kesihatan dalam yang lebih baik (kurang stress). Kucing tabby oren jantan adalah salah satu warna kucing kegemaran saya. Ada masa kucing ini seperti tahu memilih orang untuk didekati dan bermanja. Sometimes, the orange tabby don’t come for the food but they come to you for attention and cuddle. Perhaps he choose you to be his servant? Korang mungkin akan tertanya-tanya kenapa korang layankan saja peel si tabby oren ni? Ini mengingatkan saya kenangan saya jumpa seekor kucing tabby oren jantan yang sangat jinak dan manja. Setiap kali saya singgah makan di kedai Tomyam di bawah jejambat Kampung Sg Penchala, pasti akan bermanja dengan saya. Ada yang begitu manja sehingga mahu masuk dalam handbag saya! Mentang-mentanglah handbag saya tu besar dan memang boleh masuk seekor kucing. Maaf sayang, mummy tak dapat bawak awak balik bersama. Geram pula dengan si May sebab tak semanja kucing-kucing di kedai Tomyam tu.

Kucing Tabby Oren Betina

Tahukah korang, populasi kucing tabby oren jantan adalah nisbah 80/20 kucing tabby oren betina? Disebabkan faktor ini juga, orang menyangkaan kucing tabby oren selalunya adalah kucing jantan. Korang akan jumpa kucing tabby oren betina yang sihat dan normal serta mampu melahirkan anak-anak tabby oren jantan. Kenapa kucing tabby oren betina 'rare' berbanding kucing oren tabby jantan?


Diagram ini saya buat untuk menunjukkan bagaimana kucing oren tabby betina terhasil dari kombinasi gen X warna oren dari kucing tabby oren betina dan jantan

Untuk kucing menjadi kucing tabby oren betina, dia mesti mewarisi satu gen kod warna oren dari ibu kucing tabby oren, calico ataupun tortoiseshell dan satu lagi dari bapa kucing (mesti dari kucing tabby oren jantan). Selain dari kucing tabby oren jantan, tidak akan menjadi kucing tabby oren betina. Sebab itulah kucing tabby oren betina rare. Jika korang ada kucing tabby oren betina melahirkan anak-anaknya yang juga tabby oren, kena study sikitlah bagaimana nak tahu tabbies oren semua tu betina atau jantan :)


Hah! mana satu jantan, mana satu betina ni? - Imej dari FB Sahabat Kucing Jalan
Kucing Calico Adalah Kucing Betina

Berbalik semula bagaimana kucing tabby oren, mendapat gen kod warna oren dari ibu kucing calico. Kucing calico memiliki kombinasi warna hitam dan oren (jingga) pada keseluruhan badannya. Ada juga yang mempunyai bulu warna putih pada bahagian bawah badan (kawasan perut dan kaki) dan ada juga memiliki bulu putih hampir seluruh badan dan tompokan dua warna pada bahagian-bahagian tertentu badan. Kucing dengan warna bulu sebegini dipanggil tortoiseshell and white (tempurung kura-kura dan putih). Kucing tortoiseshell inilah yang dikatakan sebagai kucing belang tiga atau kucing 3 warna. Ada juga kucing berbulu tortoiseshell + white yang berbelang. Kucing yang memilki tompokan 2 warna dan berpola dipanggil caliby (calico + tabby).

Panggilan calico berasal dari luar Amerika Utara. Di tempat-tempat tertentu, kucing calico dipanggil chatte d'Espagne (dalam bahasa Perancis panggil ini spesifik kepada kucing betina). Di Jepun, kucing tiga warna ini dipanggil 'mi-ke'. Kucing belang 3 warna juga dipanggil dengan panggilan kucing kalimanko atau harimau dahan. Kat Malaysia, kita panggil kucing poreng ye, adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang semua. Kenapa panggil poreng? Pasal warna dia hitam comot dan berporeng oren. Hehehe… Dan kucing tortoiseshell pulak kita panggil tompok. Sebabkan rona warna kelihatan seperti tompokan warna. Betul tak? Ahaaa... tetiba ilham datang pulak tetengah pagi menaip post ni.


Salah seekor anak pertama May, tortoisehell + white atau caliby? Boleh nampak pola tompok dua warna hitam dan oren. Imej - Personal Google Photos
Mari ulangkaji semula formula kromosom kucing XY dan XX. Kucing jantan yang normal dan sihat mempunyai kromosom XY. Gen dalam kromosom X menentukan kod warna bulu hitam atau oren dan jantina kucing. Manakala Gen dalam kromosom Y membawa sifat dan ciri-ciri kucing kucing. Kucing jantan hanya dapat mewarisi gen Y daripada kucing jantan induk.


Diagram ini menunjukkan bagaimana calico mendapat 2 warna hitam dan oren

Gabungan dua kombinasi gen XX menjadikan seekor kucing betina. Dimana potensi untuk mendapat satu kod warna gen X kucing jantan dan satu lagi kod warna dari gen X kucing betina. Jadi tak hairanlah kenapa kucing calico selalunya kucing betina (chatte d'Espagne). Warna hitam dan oren pada kucing Calico menunjukkan kromosom XX kucing tersebut mempunyai 2 kod warna berbeza. Jadi, kalau kucing betina korang melahirkan seekor kucing calico, bermakna dia dapat mewarisi kod warna dari ibu dan bapa kucing induk. Korang tak perlu pening memikirkan dia apa jantinanya. Memang confirm kucing calico tu adalah betina


Si comel tortoiseshell+white ni sah sah betina. Sayangnya singkat saja hidupnya. Saya terkilan tak dapat selamatkan dia dulu

Kucing Calico Jantan

Adalah mustahil kucing yang mempunyai kedua-dua kod warna sekali gus adalah jantan disebabkan faktor kromosom XX. Namun,sekiranya korang terjumpa kucing calico jantan atau kucing poreng yang jantan, kucing tersebut berkemungkinan mengalami kecacatan genetik. Kombinasi kod warna 2 gen X (hitam + oren) dan dalam masa yang sama mewarisi gen Y dari kucing jantan induk, menyebabkan kucing calico jantan mempunyai kromosom XXY di mana ada gen X lebih dari yang normal (XY). Kecacatan genetik ini juga menyebabkan kucing calico jantan mandul. Kecacatan genetik ini sama seperti kecacatan genetik manusia yang dipanggil Syndrome Klinefelter.



Kucing poreng calico 'jantan; ini ditemui di sekitar kawasan Kulim, di kedai makan. Kucing ini barangkali mempunyai beberapa kelemahan atau penyusutan keupayaan. Dimaklumkan kucing ini dibuang oleh tuannya kerana dah nyanyuk. Bodoh betul tuannya tu - imej dari FB group SKJ

Namun...Jika korang dapati kucing calico jantan yang korang jumpa tu sihat dan normal, mampu mengandungkan kucing betina. Bak kata seorang pendakwah yang pakar dalam sejarah lampau, Ustaz Auni Muhammad, kalau jumpa kucing tiga warna, jantan dan mampu mengandungkan kucing betina, itu adalah kucing paling ajaib di dunia. Subhanallah, hanya dengan izin Allah. Korang boleh ikut video beliau mengenai warna kucing dari youtube ni:-




Warna Putih

Mesti korang tertanya-tanya, jika gen kromosom X memberikan warna bulu kucing hitam atau oren, mana datang pula warna putih??? Banyak juga kucing berbulu pulih keseluruhan badannya yang liar dan berkeliaran. Dan satu lagi persoalan adakah kucing berbulu putih ni kucing albino? Kucing albino memiliki mata iris warna merah dan sangat sensitif dengan pancaran matahari.

Faktor yang menyebabkan kucing berbulu putih adalah gen dominant masking. Dominant masking adalah gen yang membentuk kod warna (kombinasi warna) dan pola (corak/pattern) bulu kucing. Apabila gen putih (white gene) hadir, bagaimanapun, corak tidak akan dinyatakan (menjadi). Mana-mana kucing yang mempunyai warna putih walaupun pada asas corak dan warna bulunya adalah kucing homozigot (WW) atau heterozogot (Ww). Manakala kucing yang tidak mempunyai gen dominant masking (ww) akan mempamerkan warna dan corak. Kerana inilah korang akan menemui kucing mempunyai 2 warna dan warna putih bertompok hitam dan oren (tortoiseshell).


White cat - imej youtube 

Kita rasa kita suka dengan kucing putih suci murni seputih salji yang memilik mata irisnya berwarna biru. Namun, tahukah korang kucing sebegini juga mengalami kecacatan pendengaran. Kebanyakan kucing putih dengan iris mata berwarna biru dikatakan mengalami ketulian. Walaubagaimanapun, ketulian berlaku tidak hanya pada kucing putih beriris mata biru, malah berlaku juga kepada yang iris mata kuning atau hijau. Ini kerana sesetengah kucing putih mempunyai genetik tertentu yang diwarisi dari kucing induk yang menunjukkan ciri-ciri sesekor kucing yang unik. Dalam kes iris mata biru, ada kemungkinan sesetengah kucing putih mewarisi ciri-ciri dari kucing induk yang juga dipanggil corak siam. 

Terdapat kajian sains menguji tahap pendengaran kucing putih dibuat pada tahun 1997, mendapati 72% kucing putih benar-benar tuli. Dari awal beberapa minggu selepas anak kucing putih dilahirkan, seluruh organ korti pada anak kucing putih ditemukan telah mengalam degenerasi. Dan ditemukan juga beberapa bulan setelah organ korti mengalami kerosakan (degenerasi), spiral ganglion juga akan mulai mengalami kerosakan. Disebabkan gangguan ini, kucing putih didapati mengalami ketulian (pekak).

Nota kaki:-
*organ korti - organ yang terletak telinga belakang mamalia
*degenerasi - perubahan keadaan fizikal dan kimia yang menerusi keberkesanannya (effeciency)
*Spiral ganglion - errr... gegendang telinga kot

Wahhh... kinda complex jugaklah. Secara kasar, saya mengetahui dasar warna kucing iaitu putih, hitam dan oren serta warna kelabu. Coat warna dan pattern bulu bukan dipengaruhi oleh jenis baka kucing. Malah ia ada pada semua jenis kucing domestik dan juga kucing baka. Genetik yang membawa ciri-ciri seekor kucing dari segi rupa paras, pattern bulu, warna mata, struktur badan dan sifat-sifat unik kucing diwaris dari kucing induk dari kucing induk betina dan kucing induk jantan. Kucing korang dari jenis kucing domestik yang mana?

Jika ada info yang korang nak tambah dan kongsi, korang boleh komen pada post ini ya.

Sumber rujukan :-


No comments:

Post a Comment

Kisah Menghayat Hati - Kumpulan Anjing vs Seekor Kucing

Bismillahirrahmanirrahim ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalammualaikum... lama tak update blog. Nak kata sibuk tu...