Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Mana nak sama cik adik seorang
Kucing belang atau bercorak jalur bak sang harimau kecil. Berdasarkan bait pantun di atas menunjukkan sinonim si kucing bercorak belang dalam masyarakat sehingga menjadi bahan syair dan pantun gurauan. Tahukah korang, kucing bercorak belang dan berjalur diberi gelaran tabby? Tak kira apa pun warna jalurnya, coklat atau kelabu atau pelbagai warna merah yang sering dipanggil oren, halia atau marmalade. Tak kira korang ada kucing murah ke kucing mahal giler nak mampus ke kucing angkat ke kucing hutan/liar ke... ada corak jalur kat badan, dahi, kaki, ekor atau perut layak bergelar The Tabby Cat.
Stray cat kat Foudcourt Jalan 222. Sihat waalfiat |
Tabby
Tabby adalah gelaran yang diberikan kepada kucing berbulu belang. Pada mulanya saya sendiri sangka gelaran Tabby spesifik kepada baka kucing. Rupanya tidak, gelaran tabby merujuk kepada kod corak bulu kucing. Dan corak tabby ada pada kebanyakan baka kucing. Contohnya kucing tabby saya, berdasarkan warna bulu kucing-kucing jantan yang approach May (terutama sekali Kucing Patah dan Joe Black-nickname saya berikan pada kucing-kucing jantan di kejiranan). May bersifat dominan, melahirkan anak-anak mengikut corak bulunya. Cuma ada la sekor saja yang mengikut warna kucing jantan (Kucing Patah) itupun masih berjalur. Berbeza dengan kucing berbulu calico, ibu kucing mampu melahirkan anak-anak kucing dari beberapa kod warna dan corak tompokan. Next post saya cerita pasal calico ye
Kalau berdasarkan corak dan warna bulu tahu la juga mana satu bapak kucing yang bertanggungjawab. |
Tak dapat dipastikan asal usul gelaran tabby tetapi terdapat info mendakwa bahawa perkataan tabby dikaitkan dengan sejenis sutera bergaris berjalur yang dipanggil Atabi yang dibuat di Attabiah di Timur Tengah. Logik juga sebab ada sebutan tabi kat situ. Mungkin orang Arab memberi nama dan memanggil kucing berdasarkan belang dan jalur pada corak bulunya. Ada yang mendakwa dari terjemahan Perancis. Yang ini, saya agak kurang pasti. Sebab orang perancis, tulis lain, sebut lain, maksud lain. Ahaaa... Gelaran tabby ni lebih khusus kepada kucing betina yang diringkaskan dari perkataan Tabitha. (sumber rujuk wikipedia)
Warna dan Corak
Warna jalur kelabu - hitam, kelabu-putih, coklat - hitam, oren -putih... apa-apa warna berjalur (stripes) pada bulu kucing. Saya buat carian mengenai kucing Tabby kerana ingin mengetahui lebih tentang kucing saya, May. Saya sedar May kucing biasa-biasa je, orang pun mungkin naik meluat tengok saya selalu up status gambar May kat fb atau instagram kot. Jadi, what so special about tabby?Ahaaa mari kita sama-sama renungkan.
Tabby adalah warna bergaris dengan bermacam pola. Terdapat beberapa jenis kod corak bulu kucing tabby seperti berikut:-
Tabby adalah warna bergaris dengan bermacam pola. Terdapat beberapa jenis kod corak bulu kucing tabby seperti berikut:-
- Mackerel - Jenis ni rasanya sangat common dikalangan kucing-kucing. Saya pun rasa corak bulu May lebih kepada jenis ini. Tabby jenis makarel mempunyai tiga garis yang tampak di samping tubuhnya, sehingga membuat kucing ini terlihat seperti ikan makarel. Kebanyakan kucing tempatan (domestic short hair) mempunyai corak ini. Korang boleh buat pemerhatian sambil makan bihun sup kat mana-mana gerai
Cer tengok bulu dak ni. Garisan serenjan dari kepala ke ekor seperti tulang belakang dan jalur-jalur menurun ke badan. |
- Classic - Pola klasik pada kucing ini berbentuk bulatan-bulatan atau lingkaran. Perhatikan bulu retis Kucing, Jep. Jep memiliki corak bulu jenis klasik ni. Jenis Kucing Bengal Asia mempunyai jalur yang lebar melengkung sana sini, macam rupa kek marbel pun ye jugak. Tak caya buatlah kek marbel pastu bandingkan dengan corak bulu kucing Bengal Asia korang. Itupun kalau korang ada la kucing macam tu. Kalau tak ada Google je sis and der semua.
Bulu Jep bercorak jenis klasik. Sumber imej dari ohmyjep instagram |
- Thicked - Jenis ini hampir tak nampak corak jalur-jalur atau seperti tak ada corak pada bulu kucing. Ia nampak seperti dust atau serbuk lada sulah atau pasir. Corak berjalur dapat kelihatan pada bahagian dahi, kaki atau hujung ekor kucing dan juga pada bahagian perut.
Pinjam kucing Jiran kejap. Hampir tiada jalur pada bulunya tapi dapat kelihatan pada forehead (dahi) dan kakinya |
- Spotted - kucing yang memiliki pola sebegini tampak ada kelasnya tersendiri. Jenis pola seakan tulang ikan mackerel yang pecah-pecah dan menampakkan bintat-bintat besar dan ada yang kecil pada badan kucing. Lebih kepad corak kucing besar seperti savanah, serval, cheetah, leopard atau jaguar. Kebanyakkan kucing bercorak begini dari baka Australian Mist, Bengal, Egyptian Mau, Maine Coon, and Ocicat breeds.
Corak bulu kucing bengal lebih kepada spotted. Sumber imej dari veetstreet.com |
Semua kucing tabby memilik corak bulu tersendiri. Itu yang membezakan mereka antara tabby sama tabby yang lain. Warna dan corak kucing tabby lebih kelihatan ketika masih kitten.
Hah! semua corak ado. Mackerel, thicked & spotted - imej dari fb group Sahabat Kucing Jalan oleh Airiel Khwarizmi |
Tanda 'M'
Tanda 'M' pada dahi May |
Ciri yang biasa pada tabbies adalah tanda 'M' pada dahi mereka dan juga tanda-tanda bergaris pensil tipis di sekeliling mata kelihatan seperti celak (eyeliner). Apa yang istimewa pada tanda 'M' kat dahi kucing tabby ni? Terdapat lagenda berkaitan dengan tanda 'M' di dahi kucing tabby ni. Menurut www.catster.com terdapat beberapa lagenda seperti berikut:-
- Sangat diketahui umumnya, Nabi Muhammad SAW sangat menyanyangi kucing. Baginda sendiri mempunyai seekor kucing bernama Muezza. Betapa dia menyanyangi Muezza sehingga tidak sampai hati nak bangunkan kucingnya yang lena atas lengan baju. Dan Baginda sanggup potong bahagian lengan bajunya dan membiarkan Muezza terus tidur di atasnya. Kita ni jangan haraplah, tengok kucing tidur, time dia tidur tu yang seronok nak kacau. Dikatakan dalam artikel catser, tanda 'M' terjadi apabila Rasullah SAW merehatkan tangannya di atas kening kucing kesayangannya.
Artikel yang saya temui dari website The Spruce - All About Tabby Cats. Nabi Muhammad SAW amat menyayangi kucing kerana pernah menyelamatkan nyawanya dari bahaya ular yang nak mengesok masuk ke dalam lengan bajunya (ini mungkin variasi cerita tentang kucing Muezza). Turut menyebut bahawa Rasullah SAW mengurniakan kelebihan kepada kucing mendarat atas kakinya. Kalau kita perhatian bila kucing terjun dia akan landing dengan kemas. Jarang nak jatuh tergolek kan? kecuali dia tak bersedia. Ia menyebut juga tentang vision Nabi Muhammad SAW tentang seksaan Neraka terhadap wanita yang membiarkan kucing kelaparan. Saya mencari info lebih lanjut dan menemui artikel mengenainya dari blog VOA - Islam dari indonesia.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, bersabda:
دَخَلَتِ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا فَلاَ هِيَ أَطْعَمَتْهَا وَلاَ هِيَ أَرْسَلَتْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ اْلأَرْضِ حَتَّى مَاتَتْ هَزْلاً
“Seorang wanita masuk Neraka karena seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi, sehingga mati kelaparan.” (Muttafaq 'Alaih)
Kisah seorang wanita yang kejam, mengurung seekor kucing tanpa memberikan makan dan minum sehingga kucing tersebut mati. Kejamnya wanita ini, tidak menghiraukan lansung kucing yang dikurung meskipun kucing tersebut mengiau-ngiau sehingga tiada suara. Kucing malang itu telah mengadu kepada Allah SWT perbuatan kejam wanita itu. Rasulullah SAW telah melihat wanita tersebut menerima balasannya di Neraka. Dikejar dan dicakar oleh kucing yang diseksanya semasa hidup. Korang boleh baca dengan lebih lanjut -Masuk Neraka Gara-gara Seekor Kucing.
- Manakala bagi Kristian pula, mereka mempercayai bahawa ketika Nabi Isa AS masih bayi, Baginda tidak berhenti-henti menangis. Datang seekor kucing datang dan duduk dekat baginda dan mengeluarkan bunyi vibrate 'purr'. Baginda tidak lagi menangis dan tidur lena. Sebagai tanda terima kasih, Bonda Nabi Isa AS, Maryam menandakan huruf pertama namanya pada dahi kucing tersebut.
- Kalau versi bukan keagamaan pula, tanda 'M' adalah garisan kerutan terhasil bila kucing fokus menunggu tikus keluar dari lubangnya. Ini pengaruh cartoon tom and jerry agaknya
Personaliti Tabby
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang...
I can look at other kind of cats but I can't take my eyes on tabby cat ( saya boleh memandang kucing lain tetapi saya takan mengalih mata dari kucing tabby). Haaa pernah rasa begitu? Kucing tabby dikatakan jenis kucing yang ramah, gembira, cergas, sassy, bertuah dan sahabat kucing yang penyanyang. Menurut catster, yang jenis warna merah (oren) dikatakan aggressive dan bossy. Sifat ini dikaitkan dengan kod warna bulu tabby dan bukan pada corak bulu tabby.
Pemerhatian saya pada behaviour May, #mytabby. Memang dia ramah, abis semua kucing dia yang terserempak dengan dia, May akan hidu-hidu dulu. Nak hass hiss huss ke bermain ke bergaduh ke tu semua kemudian kot. Semestinya dia seekor kucing yang cergas dan sassy girl. Saya memang syak May adalah kucing bertuah. Mau tak bertuah, kucing-kucing lain selalu cemburu dengan dia. Baik Amboi atau Koko, sentiasa ada cara nak dapat perhatian saya tetapi pada May jugak yang saya nak dambakan. Kinda aggressive, bila bergurau, dia agak kasar dan sering mengeluarkan kukunya. Boleh tahan bossy juga sebab bila bagi makan, kalau tak sedap baginya, dia akan pandang saya dengan mata kecil. Dia takan duduk selesa kalau tak nampak bakul tempat tidurnya. Satu lagi May seekor kucing menjaga penampilan diri. Sentiasa grooming dirinya selepas makan dan sebelum tidur. Dia juga sangat rajin membersihkan telinga. Macam mana kucing tabby korang?
Tak kira apapun kajian sains di sebalik tabby. Jika korang jenis kucingman, korang pasti terpesona dengan kucing tabby walaupun hanya menemuinya di lokasi seperti kedai atau di tempat letak kereta (saya jumpa May di tempat letak kereta). Antara Makjem kucing siam yang cantik dan manja dengan May the tabby cat, seorang mamat ni memilih May dengan berkali-kali memanggilnya. Adakah Kucing Tabby memang kucing yang menarik?
Saya masih lagi cuba mengesan May ni dari baka yang mana sebenarnya. Saya target dia adalah Asian Tabby Cat. Bukanlah tak dapat terima May ni asalnya Stray Cat. Stray Cay sekali pun dia tetapi dari baka kucing tertentu jugak. Sehinggalah saya jumpa info menepati ciri-ciri yang ada pada May mungkin saya akan berpuas hati. Sekurangnya saya dapat mengetahui jenis macam mana baka kucing Malaysia.
Credit to:
Airiel KhwarizmiOhMyJep
The Spruce
Caster
VOA - Islam
Wikipedia
Cats 101 youtube
Planet Animal youtube
FB Sahabat Kucing Jalan
Sumber rujukan:-
http://www.voa-islam.com/
https://www.thespruce.com/all-about-tabby-cats-552489
https://www.thespruce.com/
https://en.wikipedia.org/wiki/Tabby_cat
https://en.wikipedia.org/wiki/Asian_cat
https://en.wikipedia.org/wiki/Bengal
http://www.catster.com/cats-101/what-it-means-to-be-a-tabby-cat
Oo Tabby gelaran untuk kucing belang...Terima kasih perkongsiannya
ReplyDelete