Thursday, February 1, 2018

Meowlog > Selamatkan Anak Kucing Terkena Gam Tikus



Bismillahirrahmanirrahim
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hi korang! Ini adalah kisah pertama Meowlog -Kisah Suka Duka Si Meow Kucing Jalanan. Saya nak berkongsi kisah sorang brader yang baik hati menyelamatkan seekor anak kucing dari terkena gam tikus. Beliau telah berkongsi update mengenainya dia FB Sahabat Kucing Jalanan (SKJ). Nama FB beliau, Kerry Cærino.

Kisah berlaku ketika beliau membeli makanan di McD - Drive Thru baru-baru ini. Ketika memesan makanan, tiba-tiba beliau terdengar suara anak kucing berteriak nyaring. Lalu brader kita ni terus bertanya dengan staff McD untuk kepastian. Beliau diberitahu ada anak kucing tak sengaja terkena gam tikus yang diletakkan untuk memerangkap tikus di situ.

Kerry Cærino namakan kitten tersebut BJ

Dengan bantuan staff di situ mendapatkan kotak, brader Kerry Cærino bawa kitten yang malang tu balik ke rumahnya. Brader ni ada maklumkan beliau pernah diserang stroke 4 tahun lalu. Disebabkan itu, anggota sebelah kanan beliau lemah. Dalam keadaan dirinya begitu, brader Kerry Cærino berusaha aturkan barang-barang yang boleh beliau guna dan membawa masuk kitten tersebut ke bilik air untuk dibersihkan. Saya salute brader kita ni sanggup bersusah payah walaupun dirinya sedang dalam keadaan lemah anggota sebelah kanan. Kitten yang diberi nama BJ itu dibersihkan dengan menggunakan minyak baby Johnson&Johnson. Menurut beliau dalam post yang dikongsinya, lebih kurang 10 minit barulah dia dapat menanggalkan kesan gam pada BJ. Terharu dibuatnya ketika itu bila BJ peluk tangan dan menjilat tangan ketika sedang dibersihkan. Brader Kerry Cærino mengambil masa hampir 1 jam untuk bersihkan kesan-kesan gam tikus pada BJ. BJ pun dah boleh gerak dengan selesa, kena shampoo, dah bilas, balut dengan tuala.

Selepas selesai BJ dibersihkan, brader kita ni keluar belikan sangkar dan makanan untuk BJ. Antara gambar BJ yang dikongsi dalam post beliau untuk tatapan korang:-

Cian die.. kena gam tikus ye... Daddy awak dah bersihkan awak dah. Stay comel ok! - fotoimej dari FB SKJ

BJ - fotoimej dari FB SKJ

Saya ni belum tentu ada guts nak buat kerja mulia begini. Cat choose human, mungkin inilah terjadi kepada brader Kerry Cærino. BJ memilih beliau, kalau BJtak nangis kuat-kuat hari tu, mungkin dia takan berjumpa dengan BJ. Atau BJ mungkin pilih orang? Memang benar apa yang dikata, apapun yang berlaku, kenapa begitu dan kenapa begini, adalah rahsia Allah. Sehinggalah kita mnyedari hikmah yang Allah SWT aturkan untuk kita. Saat itu kita harus insafi dan mensyukurinya

penutup post brader Kerry Cærino

Wow! Comel BJ ni kan? Gambar update dari brader Kerry Cærino 

Seronoknya ada kitten kat rumah! Saya pula yang rasa rindu nak main dengan kitten. Playfull, sweet and adorable... cute! Bila dia terlena atas riba kita... Brader Kerry Cærino ada terus menerus update post mengenai BJ dari semasa ke masa. Dapatlah tengok BJ semakin cantik dan gebu. Gambar-gambar BJ yang dikongsikannya di FB SKJ

Korang boleh baca post brader Kerry Cærino kat FB Sahabat Kucing Jalanan dan follow update beliau mengenai BJ yang comel ni kat FB SKJ yang saya dah set namanya > Kerry Cærino

Sumber imej dari FB Sahabat Kucing Jalanan dan post brader Kerry Cærino
Kredit kepada :
Sahabat Kucing Jalanan
Kerry Cærino
Credit for stunning photo to Kerry Cærino
Nota :
*brader - brother/abang
*SKJ - Sabahat Kucing Jalanan

No comments:

Post a Comment

Kisah Menghayat Hati - Kumpulan Anjing vs Seekor Kucing

Bismillahirrahmanirrahim ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalammualaikum... lama tak update blog. Nak kata sibuk tu...