Saturday, December 2, 2017

Pengenalan

Assalammaulaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca-pembaca blog. Selamat datang ke Meowlog- Kisah Dia dan Si Meow. Saya dedikasikan Meowlog ini khas untuk spesis kucing di Malaysia terutama sekali kucing-kucing yang dijumpai, diselamatkan dan diambil menjadi haiwan peliharaan tersayang dan bagaimana kehidupannya selepas itu. Selain itu saya mahu berkongsi topik-topik spesis kucing, info dan tips mengenai spesis ini serta artikel luar tentang kucing untuk tatapan pembaca dan peminat kucing Malaysia.

Kenali saya dengan nama pena, aronexcell.  Saya minat penulisan blog ni, cuma tidak bergiat aktif seperti blogger lain sehingga mampu menjana pendapatan. Masih lagi mencari-cari genre yang sesuai untuk saya bergiat aktif dalam blog. Saya ada 2 blog sebelum ni,  blog pertama, Aronex's Small World (saya published masa aktif dalam 3D chat IMVU). Saya banyak siarkan aktiviti saya dan kawan-kawan dalam social chatting, memandangkan saya juga merupakan creator amatur untuk items, saya banyak menyiarkan tips tutorials menggunakan aplikasi Paint.NET. Oleh kerana saya link gambar dari photobucket dan sekarang mereka nak kenakan charge to allow picture post in other website, banyak gambar dah tak dapat tengok. Lebih baik guna photo google je kan? Laptop plak dah injured teruk. Saya pun tak ada banyak masa lapang nak kemaskini blog tu. Manakala Blog kedua, Dapur Orang Malas pula saya lebih kepada suka-suka bila ada kelapangan. Saya selalu post hasil masakan saya kat blog ni. Masak tak ikut SOP.... Heheheheee. Ada juga kisah kucing-kucing saya kat blog ni.

Kenapa saya pilih kucing sebagai bahan penulisan saya? Saya memang suka spesis dan keluarga kucing. Tidak terlalu taksub dan tidak pula terlalu obses dengan haiwan ini, namun saya sentiasa kagum dengan spesis dari keluarga kucing. Ilham saya untuk terbitkan Meowlog ni datang apabila saya dan suami capai persetujuan untuk adopt kucing saya, May selepas dia selamat dari operation. Maymay asalnya ada kucing liar yang tinggal di kawasan kejiranan kami. Kami berikan dia makan bersama 2 kucing lain. Menyediakan tempat untuk dia melahirkan anak-anak kucing selepas mengawan (kitten season). Sesuatu berlaku menyebabkan kami membenarkan pemandulan dan atas rasa bertanggungjawab, saya dan suami mengambilnya terus menjadi kucing peliharaan kami. Kisah May saya siarkan dalam blog saya Dapur Orang Malas

May


May menjadi inspirasi utama saya. Saya pasti ada blog-blog kucing tempatan cuma pengongsian artikel-artikel menarik dari blog mereka ni kurang kat facebook. Saya banyak jumpa blogger kucing luar negara (terdekat dari Indonesia). Saya juga mengikut perkembangan NGO dan aktivitis kucing dari luar negara seperti The Big Cat Resque (facebook/Instagram/Youtube) yang bergerak secara aktif dalam menyelamatkan spesis kucing liar dari kurungan yang daif. The Cat House of Kings.com berlokasi di Carlifornia menempatkan beribu-ribu stray dan feral cat dibantu oleh ramai sukarelawan dan membuat beberapa doktor veterinar untuk merawat dan menjaga kesihatan kucing-kucing yang mereka jaga. Beberapa blog dan personality kucing luar negara dan tempatan yang sering saya ikuti juga memberi inspirasi kepada saya untuk menyiarkan Meowlog ni.

Kononnya, saya nak jadi wartawan kucing dan jadikan Meowlog ni sebagai blog bacaan yang santai, relaxing, fun dan berinformasi untuk peminat kucing yang suka membaca. Mana tau boleh setanding dengan page kucing yang lain? Insyallah. Sekiranya korang ada kisah dan kenangan dengan kucing, Sudi-sudilah berkongsikan dengan saya bersama gambar-gambar kucing korang. Saya akan siarkan di Meowlog ni.

Semoga Meowlog bukan saja menjadi aspirasi saya malah kepada peminat kucing yang lain juga. Sokongan korang semua sangat saya hargai dan akan menjadi semangat untuk saya. Sekian terima kasih

-Aronexcell-
Low Cost Apartment
Mutiara Damansara

1 comment:

Kisah Menghayat Hati - Kumpulan Anjing vs Seekor Kucing

Bismillahirrahmanirrahim ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalammualaikum... lama tak update blog. Nak kata sibuk tu...