Sunday, February 25, 2018

Kenapa Ada Kucing Makan Anaknya Sendiri?

Bismillahirrahmanirrahim
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sedih tetapi benar, ia memang berlaku. Secara kasar terdapat beberapa faktor yang boleh menjadi penyebab ibu kucing bertindak memakan anaknya. Faktor-faktor yang saya kongsikan disini adalah berdasar maklumat yang saya cari dan juga pemerhatian saya terhadap kucing-kucing liar dan jalanan di kawasan kejiranan saya. Tak semestinya faktor yang saya kongsi ini tepat kerana apa-apa yang berlaku bergantung pada risiko dan keadaan ibu kucing dan anak-anaknya sendiri

Faktor Pertama - Kematian

Ibu kucing akan memakan anaknya yang mati untuk mengelakkan dari dikesan dan menjadi makanan haiwan lain seperti anjing, tikus atau kucing liar lain. Dalam masa yang sama juga bertujuan untuk menjaga keselamatan anak-anak yang masih hidup.Walaubagaimanapun, ada juga ibu kucing yang menanam anaknya yang telah mati. Ini bergantung pada keadaan dan sosiologi di mana kucing tinggal.

Saya cakap begini sebab situasi dunia kucing setempat tak sama dengan kucing di tempat lain.


Faktor kedua - Penyakit

Sesungguhnya si ibu lebih tahu keadaan dan situasi yang dia lalui dan hadapi. Siapalah kita nak hakimi perbuatannya yang nampak kejam. Didapati ibu kucing juga bertindak memakan anaknya disebabkan anaknya itu sakit dan tak mungkin boleh hidup lama. Ibu kucing bertindak mendahulukan anak-anak yang lain yang masih sihat dan membiarkan yang sakit mati. Bagi kita mungkin dia sengaja abaikan, enggan menyusukan dan membiarkan anaknya yang sakit mati. For me, that's the only thing she can do for her kitten. Bukan macam kita, anak sakit boleh bawa ke klinik atau hospital atau old skool way jumpa bomoh or tok batin. Kalaulah dia reti nak buat macam tu... Setelah anaknya mati, ibu kucing akan melakukan ritual memakan anaknya.

Ada juga ibu kucing yang menanam anaknya. Ini mungkin disebabkan saiz anak kucing yang dah besar atau jenis kucing itu sendiri. Bergantung pada keadaan setempat

Faktor ketiga - kecacatan/bermasalah dan Scent/Bau

Boleh jadi juga disebabkan tidak dapat scent anaknya, ibu kucing tidak mengenali dan menganggap satu ancaman kepada anak-anaknya lain. Ibu kucing akan membunuh dan memakan anak tersebut yang mungkin disangkakan haiwan kecil (tikus) yang akan mencederakan anak-anak yang lain.

Puting ibu kucing yang terhad juga boleh menyebabkan ada anak kucing yang tidak dapat menyusu mati kelaparan. Ini kerana pada minggu pertama, anak-anak kucing berterusan menetek dengan ibunya. Ia boleh berlaku kepada ibu kucing yang melahirkan anak-anak kucing yang banyak melebihi setengah dozen.

Selain itu, faktor kecacatan juga adalah penyebab ibu kucing bertindak memakan anaknya.


Faktor keempat - Ibu Kucing Terlalu Muda

Kucing betina sudah sedia mengawan seawal umur 7 bulan. Mengandung dalam usia yang terlalu muda adalah salah faktor kucing muda tidak berkemampuan menjaga anaknya kerana naluri keibuan yang tidak kuat sehinggakan ibu kucing tidak menghiraukan atau bertindak memakan anaknya


Faktor kelima - Depression

Ibu kucing yang mengalami depression atau mengalami penyakit meroyan berpotensi untuk makan anaknya sendiri. Ini mungkin berlaku ibu kucing stress kerana terlalu banyak gangguan yang menganggu minggu pertamanya bersama anak-anaknya. Ibu kucing mungkin kecewa dengan anak-anaknya yang pasif dan lemah. Ataupun disebabkan keinginannya menikmati raw meat dengan mudah bertindak memakan anaknya.

Mungkin inilah faktor kenapa kita tidak digalakkan memberi kucing makanan mentah seperti daging.

Mengenangkan salah seekor kucing yang pernah saya jaga, Koko.

Koko memiliki warna stripe yang rare dan cantik. Bermata biru. Barangkali dia kacukan dengan kucing siam

Saya dan suami mula mengesyaki Koko ada penyakit semasa dia melahirkan anak di kawasan parking. Dia akan letak anak-anak di mana-mana bawah kereta. Ada juga jiran yang baik sediakan kotak untuk dia dan anak-anak. Namun dia akan memindahkan anak-anaknya ke bawah kereta semula.

Sama seperti saya pernah cerita sebelum ni. Saya usaha selamatkan anaknya yang tinggal sekor dengan membawa balik dan menyusu dengan May. Oleh kerana Koko dah tahu rumah saya, jadi dia datang dan ambil anak... terkilan benar saya masa tu.

Keadaannya agak ok semasa musim kitten seterus bila sama-sama melahirkan anak dengan May. Tapi keadaan dia juga mempengaruhi keadaan May. Dan seterusnya... kami syak Koko penyebab May mengalami komplikasi ketika beranak. Kami berpendapat jika kami turut neutered Koko, boleh membantu Koko pulih dari terus meroyan setiap kali musim kitten

Walaubagaimanapun, Koko akhirnya mati dilanggar kereta...

Artikel saya kali ini saya dedikasikan untuk Koko. Ini merupakan salah satu pengajaran hidup. 

Rujukan dari pautan:-
catswonderland - kenapa kucing makan anak sendiri?

Suka Kucing - Mengapa Induk Kucing Tega Memakan Anaknya Sendiri?

Hobi Binatang - 8 Alasan Kenapa Kucing Jantan Makan Anaknya Sendiri

sinar.my - Ini Punca Kenapa Ibu Kucing Makan Anaknya

2 comments:

Kisah Menghayat Hati - Kumpulan Anjing vs Seekor Kucing

Bismillahirrahmanirrahim ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalammualaikum... lama tak update blog. Nak kata sibuk tu...